Dai'e Profesional Mawarith · Perunding Berdaftar Wasiyyah Shoppe Berhad
Rancang Kerana Sayang,
Pergi Dengan Tenang.
Saya bantu keluarga Muslim merancang harta di Malaysia melalui wasiat, hibah, amanah, faraid dengan tepat dan patuh syariah — agar harta yang ditinggalkan menjadi penyambung kasih sayang, bukan punca pergaduhan.
Promosi Semasa
Tawaran Yang Sedang Berlangsung
Majlis Ilmu Akan Datang
Sertai Sesi Ilmu Percuma
Sesi ilmu percuma untuk anda.
LIVE TikTok Minggu Ini
Sertai Saya LIVE
Lock date & masa anda minggu ini.
Tentang Saya
Aznati Nayan
Selama enam tahun, saya menemani keluarga demi keluarga menyusun semula harta mereka — dari faraid, hibah, wasiat, sehingga pusaka — supaya setiap sen dan setiap pintu rezeki yang mereka tinggalkan sampai ke tangan yang betul, dengan cara yang tenang dan patuh syariah.
Sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam di bawah Ejensi Kausar Group, setiap perancangan yang saya bantu susun disokong oleh proses konsultasi, semakan dokumentasi, diagnosis spesifik mengikut situasi dan keperluan individu, format dokumentasi serta prosedur dan sesi akad yang diluluskan oleh panel Syariah dan digariskan oleh Jabatan Syariah, Wasiyyah Shoppe Berhad.
Ini bukan kerjaya yang saya pilih sebab senang — ia dipilih sebab saya sendiri pernah tercari-cari jawapan yang tiada siapa dapat berikan.
Baca Kisah Penuh Saya →Pendidikan & Persijilan
Kepakaran Yang Disahkan
Setiap nasihat yang saya kongsikan disokong latihan dan pensijilan rasmi dalam perancangan kewangan Islam.
Sijil Pengurusan Harta Orang Islam
Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP)
Malaysia Financial Planning Council (MFPC)
Certification in Retirement Planning (CiRP)
Malaysia Financial Planning Council (MFPC)
Islamic Financial Planner (IFP)
Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)
HRD Corp TTT Certification
Train The Trainer — Human Resource Development Corporation
Bachelor of Management (Honours) — Major Marketing, Minor Communication Studies
Universiti Sains Malaysia (USM)
Perkhidmatan Saya
Setiap keluarga ada cerita berbeza — perancangan kita pun perlu dibuat khusus
Enam bidang utama yang saya bantu uruskan, dari analisis awal sehingga pelaksanaan penuh.
Analisis Faraid
Kenal pasti bakal waris dan hak pembahagian mengikut faraid, supaya perancangan hibah anda dibuat atas asas yang tepat.
Analisis Aset
Susun atur semula aset anda mengikut jenis, status pemilikan dan peruntukan undang-undang yang berkaitan secara spesifik.
Hibah & Wasiat
Penyediaan hibah dan wasiat yang teratur dan patuh syariah, supaya hasrat anda ditunaikan tanpa kekeliruan.
Hibah Hartanah
Perancangan khusus untuk hartanah, agar ia disalurkan dengan teratur kepada waris yang anda tentukan sendiri.
Pewarisan Perniagaan
Untuk usahawan — rancang penerusan perniagaan ke generasi seterusnya tanpa menjejaskan operasi harian.
Pengurusan Harta Pusaka
Bantuan menguruskan harta pusaka dari awal hingga selesai, supaya keluarga dapat meneruskan hidup dengan tenang.
Cara Saya Bantu Anda
Sistem F.A.S.T
4 langkah menyelesaikan masalah pusaka — jawapan kepada S.T.O.P (Sikap & Kejahilan Waris, Tidak Faham Harta & Pusaka, Operasi Pengurusan yang Mengelirukan, Peruntukan Kos & Masa yang Tiada Disediakan).
Faraid
Kenali waris anda — siapa berhak, dan hak mereka — supaya isteri dan anak-anak tidak termakan hak orang lain.
Assets
Senarai aset dan keperluan — kemas kini dokumentasi, dan fahami kenapa serta untuk siapa setiap aset itu dimiliki.
Solusi
Fahami 3 Kunci Pewarisan — Kunci Perolehan Kuasa, Kunci Pentadbiran, dan Kunci Pembahagian.
Tindakan
Kena bertindak sekarang. Jangan ulangi kesilapan orang terdahulu — bertindak kerana anda sayang.
Pasukan Kami
Anda Tak Bersendirian — Kami Ada Merata Malaysia
Sesi konsultasi, taklimat, atau akad hibah yang perlukan pertemuan bersemuka? Salah seorang dari pasukan kami mungkin lebih dekat dengan anda.
Mohd Usayri Bin Mohd Zin
Kausar Aspire Consultancy — Kausar Group · 10 tahun dalam industri Pewarisan Harta Islam
Sebelum ini, berpengalaman dalam industri perkapalan, pelabuhan dan logistik kontena.
Turut hadir bersama pada sesi konsultasi, taklimat, dan akad hibah yang penting.
Memuatkan pasukan...
📍 Belum Ada Wakil Di Negeri Anda?
Jadi wakil pertama kami — peluang untuk pioneer di kawasan anda sendiri.
Jadi Wakil Pertama →Rasa macam ni kerjaya yang anda cari? Ramai dari pasukan kami pun datang dari latar belakang yang berbeza-beza.
Ingin Sertai Pasukan Kami? →Bina Kerjaya Bersama Kami
Program & Peluang Akan Datang
Pilih laluan kerjaya anda — jadi Da'ie Mawarith atau Rakan Mawarith bersama kami.
Testimoni Klien
Ketenangan Anda, Tanggungjawab Saya
"Keputusan terbaik yang saya buat. Penjelasan yang diberikan sangat terperinci dan benar-benar membuka minda saya."
"Alhamdulillah, segala persoalan saya sebelum ini terjawab — betapa pentingnya hibah untuk terjemahkan kasih sayang kepada keluarga."
Hubungi Saya
Mula perancangan anda hari ini
Isi borang ini dan saya akan hubungi anda semula untuk sesi analisis faraid percuma — tiada kos, tiada obligasi.
(Wasiyyah Shoppe Berhad)