Peluang Kerjaya — Peguam Syariah
Mengapa Peguam Syariah Perlu Sertai Kausar Group?
Kefahaman hukum ialah asas penting. Namun keluarga juga memerlukan pelaksanaan, dokumentasi dan sokongan proses yang berterusan — walau apa pun terjadi kepada peguam mereka.
Kisah Yang Sering Berulang
Satu Teguran Awal Kerjaya Yang Terpahat Lama
Saya kenal seorang Peguam Syariah yang, pada awal-awal kerjayanya, pernah mengendalikan satu kes pertikaian harta di Mahkamah Syariah. Ketika itu, hakim membuat satu teguran ringkas semasa menyemak dokumen hibah yang dikemukakan pihak lawan:
Kata-kata itu bukan sesuatu yang besar pada waktu itu — cuma satu nota kecil dalam perjalanan seorang peguam muda. Tapi entah kenapa, ia terus terpahat dalam ingatan beliau.
Bertahun-tahun kemudian, apabila peluang untuk menyertai Kausar Group sebagai Rakan Mawarith diperkenalkan kepada beliau, peguam ini terus mengambil peluang tersebut tanpa berfikir panjang.
Kenapa? Bukan sebab beliau rasa tidak mampu menyediakan dokumen hibah sendiri — beliau memang mahir, ia antara kes yang biasa beliau kendalikan selain nikah, cerai, rujuk, mutaah dan nafkah. Tapi teguran hakim dulu buat beliau sedar sesuatu yang lebih mendalam: soalan sebenar bukan "boleh ke saya buat dokumen ni", tapi "siapa akan teruskan urusan hibah klien saya, kalau saya sendiri suatu hari nanti tiada?"
Peguam ialah individu. Firma guaman boleh tutup. Tapi Wasiyyah Shoppe Berhad, sebagai Syarikat Amanah berdaftar, direka untuk kekal — kelangsungan pelaksanaan hibah klien tidak bergantung pada seorang individu sahaja.
Kini, beliau fokus pada apa yang beliau paling mahir — pliding, dokumentasi dan litigasi kes munakahat dan MAL (tuntutan berkaitan hal kekeluargaan dan harta benda di Mahkamah Syariah) semasa klien masih hidup — manakala liabiliti penyediaan dan pengesahan dokumen hibah diletakkan pada Wasiyyah. Tak payah pening kepala uruskan dokumen hibah sendiri, klien tetap terbantu, dan pendapatan tambahan tetap masuk.
Realiti Industri
Cabaran Peguam Syariah Hari Ini
Daripada pemerhatian saya mengendalikan konsultasi pewarisan, beberapa cabaran yang sering saya dengar daripada rakan-rakan dalam amalan guaman syariah:
Dokumen hibah/wasiat yang disediakan secara individu berisiko terhenti — jika peguam bersara, tutup firma, atau tiada, kesinambungan pelaksanaan untuk klien turut terjejas.
Kefahaman format dokumen hilang bila peguam asal tiada — jika peguam yang menyediakan dokumen hibah kemudiannya tiada, peguam lain yang mengambil alih kes selalunya tidak memahami sepenuhnya kenapa format dan struktur ayat dokumen itu disediakan sedemikian rupa. Peguam asal pasti lebih memahami sebabnya. Berbeza dengan dokumen di Wasiyyah — setiap format Hibah, Wasiat 1/3 dan Faraid diputuskan melalui siri review, musyawarah dan perbincangan sebelum diluluskan Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad, jadi kefahamannya kekal terpelihara di peringkat institusi, bukan bergantung pada satu individu sahaja.
Klien anggap "kes dah selesai" selepas nikah/cerai diuruskan — mereka tidak nampak kaitan antara kes munakahat semasa dengan keperluan pewarisan masa depan.
Peluang pendapatan tambahan tidak dimanfaatkan sepenuhnya — walaupun kes munakahat secara semula jadi membuka ruang perbincangan hibah dan wasiat.
Kelebihan Kepada Peguam Syariah
4 Kelebihan Menyertai Kausar Group
Sokongan Melalui Syarikat Amanah
Klien mendapat akses kepada struktur pentadbiran yang lebih tersusun dan berterusan.
Perkhidmatan Khairat Pusaka
Keperluan kos awal pengurusan pusaka boleh dibincangkan lebih awal.
Solusi Dipantau Panel Syariah
Memberi keyakinan bahawa instrumen berkaitan melalui proses pemantauan yang sewajarnya.
After-Sales Komprehensif
Klien tidak ditinggalkan selepas dokumentasi disediakan.
Contoh Situasi
Faraid Difahami, Pelaksanaan Tergendala
Seorang klien memahami pembahagian faraid, tetapi warisnya tidak tahu siapa akan memulakan proses, menyediakan dokumen atau menguruskan aset.
Sokongan Penuh
Bagaimana Kausar Membantu
Kelangsungan Institusi
Sebagai Syarikat Amanah berdaftar, Wasiyyah Shoppe Berhad direka untuk kekal — bukan bergantung pada seorang individu.
Sistem Sokongan
Sistem F.A.S.T membantu proses penyediaan dan pengesahan dokumen berjalan tersusun.
Panel Syariah
Setiap solusi yang dicadangkan melalui semakan dan kelulusan Panel Syariah rasmi.
After-Sales
Klien terus disokong selepas dokumentasi siap; anda tidak perlu uruskan susulan sendiri.
Pilih Laluan Anda
Laluan Yang Boleh Dipilih
Da'ie Mawarith
Sesuai untuk individu yang mahu membina kerjaya sebagai Perunding Pewarisan berdaftar — dengan career path jelas dan potensi pendapatan berperingkat.
Rakan Asas Mawarith (RAM)
Sesuai untuk peguam yang mahu memperkenalkan klien untuk urusan hibah/wasiat kepada Wasiyyah — pendaftaran percuma, tiada MOU, insentif 5% produk perancangan.
Semak Diri
Adakah Saya Sesuai?
Soalan Lazim
FAQ
Adakah faraid sahaja mencukupi?
Faraid menentukan hak waris, tetapi pentadbiran pusaka masih memerlukan proses dan dokumen yang tersusun.
Adakah semua klien memerlukan instrumen sama?
Tidak. Setiap solusi bergantung kepada aset, waris dan objektif klien.
Boleh kekal fokus kepada guaman syariah?
Ya. Penyertaan boleh disesuaikan sebagai kerjaya atau sekadar referral.
Kalau saya dah boleh sediakan dokumen hibah sendiri, kenapa perlu rujuk Wasiyyah?
Soal kemampuan bukan isunya — soal kelangsungan yang isu utama. Sebagai Syarikat Amanah, Wasiyyah memastikan pelaksanaan hibah klien anda kekal terjamin walau apa pun berlaku kepada peguam yang mengendalikannya.
Perlu mahir dalam semua produk perancangan Wasiyyah?
Ya, memang perlu — tapi ini dibina secara berperingkat. Latihan diberikan dari masa ke masa, dan menerusi pengalaman konsultasi serta diagnosis pelbagai jenis prospek sebenar, penguasaan ini akan dikuasai dengan mudah kelak.
Boleh bermula secara sambilan?
Ya. Tahap komitmen boleh disesuaikan — sepenuh masa atau sampingan.
Adakah ini bercanggah dengan etika profesion guaman syariah saya?
Sila semak dengan firma dan badan profesional berkaitan tentang aktiviti luar sebelum bermula, terutama untuk laluan Da'ie Mawarith.
Apa beza Da'ie Mawarith dengan Rakan Asas Mawarith?
Da'ie Mawarith ialah laluan kerjaya penuh dengan career path dan latihan lengkap. RAM ialah laluan referral — anda kenalkan klien, pihak lain uruskan konsultasi.
Insentif dibayar bila?
Mengikut struktur RAM/Da'ie Mawarith masing-masing — butiran penuh dikongsi semasa sesi pengenalan.
Kalau saya dah cuba tapi rasa tak sesuai, boleh berhenti?
Ya. RAM tiada tempoh penyertaan atau ikatan kontrak jangka panjang.
Mungkin Anda Juga Berminat
Artikel Berkaitan Dari Ilmu Hub
Belum Pasti Da'ie Mawarith Atau RAM Yang Sesuai?
Hadiri Taklimat Kerjaya PROSPER dulu — supaya anda faham dengan lebih jelas sebelum membuat pilihan. Tiada kos, tiada obligasi.