Peluang Kerjaya — Golongan Profesional
Mengapa Golongan Profesional Perlu Sertai Kausar Group?
Doktor, jururawat, jurutera, juruterbang dan profesional lain mempunyai kemahiran yang boleh melengkapi bidang pewarisan.
Kisah Sebenar
Dari Pelanggan RM300K, Kepada Pendidik Kepada Circle Sendiri
Seorang profesional korporat dengan kepakaran pengurusan strategik pernah menjadi pelanggan Wasiyyah sendiri — melabur lebih RM300,000 untuk merancang hartanya.
Selepas proses itu selesai, beliau sedar sesuatu yang menggusarkan: instrumen perancangan harta ini sangat kritikal — tapi bila beliau tinjau semula lingkungan profesional korporatnya sendiri (rakan-rakan berpendapatan tinggi, jawatan kanan, portfolio besar), hampir semua langsung tiada kesedaran tentang hal ini.
Beliau mengambil keputusan untuk menjadi Da'ie / Perunding Pewarisan Profesional — bukan sebab perlukan pendapatan tambahan, tapi sebab nampak jurang besar dalam kalangan rakan-rakan sendiri yang tiada siapa isi.
Kini, beliau menggunakan kepakaran pengurusan strategik yang dibina sepanjang kerjaya korporatnya untuk mendidik, berkongsi, dan memberi inspirasi kepada masyarakat korporat supaya bertindak melindungi harta legasi mereka sebelum terlambat.
Realiti Golongan Profesional
Cabaran Golongan Profesional Hari Ini
Daripada pemerhatian saya mengendalikan konsultasi pewarisan, beberapa cabaran yang sering dilihat dalam kalangan golongan profesional:
Berpendapatan tinggi, tapi kesedaran pewarisan rendah — golongan profesional sering sangka kejayaan kerjaya automatik bermakna kewangan mereka "settle", termasuk selepas kematian.
Terlalu sibuk untuk fikir pasal diri sendiri — sibuk uruskan kerjaya, pesakit, projek atau pelanggan orang lain, tapi jarang luangkan masa rancang harta sendiri.
Anggap EPF, insurans dan nomination dah cukup — ramai tak sedar penama bukan pemilik, dan aset masih tertakluk faraid tanpa perancangan lanjut.
Kemahiran dan rangkaian besar tidak dimanfaatkan — kemahiran komunikasi, analisis dan penyelesaian masalah yang terbina sepanjang kerjaya profesional sangat berguna untuk konsultasi pewarisan, tapi jarang diguna pakai dalam bidang ini.
Kelebihan Kepada Profesional
4 Kelebihan Menyertai Kausar Group
Kemahiran Yang Melengkapi
Kemahiran komunikasi, analisis dan penyelesaian masalah sangat berguna dalam konsultasi.
Pendapatan Sampingan
Bidang ini boleh diteroka mengikut masa dan komitmen anda sendiri.
Pembangunan Profesional
Anda mempelajari satu cabang ilmu yang dekat dengan kehidupan keluarga.
Kerjaya Fleksibel
Aktiviti boleh disusun di luar waktu kerja utama, tanpa menjejaskan kerjaya sedia ada.
Contoh Situasi
Tempat Rujukan, Tanpa Sistem Yang Tersusun
Seorang profesional sering menjadi tempat rakan meminta pandangan. Apabila isu pusaka timbul, beliau mahu membantu tetapi tidak mempunyai sistem atau rujukan yang tersusun.
Sokongan Penuh
Bagaimana Kausar Membantu
Latihan
Anda tak perlu jadi pakar faraid dari hari pertama. Latihan berstruktur disediakan dari asas.
Sistem Sokongan
Sistem F.A.S.T membantu anda kenal pasti keperluan pewarisan secara tersusun.
Panel Syariah
Setiap solusi yang dicadangkan melalui semakan dan kelulusan Panel Syariah rasmi.
After-Sales
Anda tidak "lepas tangan" selepas rujukan; proses seterusnya disokong penuh oleh Kausar Group dan Wasiyyah Shoppe Berhad.
Pilih Laluan Anda
Laluan Yang Boleh Dipilih
Da'ie Mawarith
Sesuai untuk individu yang mahu membina kerjaya sebagai Perunding Pewarisan berdaftar — dengan career path jelas dan potensi pendapatan berperingkat.
Rakan Asas Mawarith (RAM)
Sesuai untuk profesional yang mahu memperkenalkan rakan/rangkaian kepada perunding pewarisan — pendaftaran percuma, tiada MOU, insentif 5% produk perancangan.
Semak Diri
Adakah Saya Sesuai?
Soalan Lazim
FAQ
Perlu mempunyai latar belakang kewangan?
Tidak. Pelbagai latar belakang profesional boleh mempelajari bidang ini.
Sesuai untuk individu yang sibuk?
Ya, sekiranya masa dan komitmen dirancang dengan realistik — ramai bermula secara sampingan dahulu.
Ada latihan?
Ya. Latihan dan mentorship disediakan dari asas, tidak perlu bermula tanpa panduan.
Perlu mahir faraid sebelum bermula?
Tidak. Latihan dan bimbingan disediakan langkah demi langkah.
Boleh bermula secara sambilan sahaja?
Ya. Ramai golongan profesional memilih untuk kekal di kerjaya utama sambil menjalankan ini sebagai sampingan.
Adakah ini bercanggah dengan etika/polisi majikan saya?
Sila semak dengan majikan atau badan profesional anda tentang aktiviti luar sebelum bermula, terutama untuk laluan Da'ie Mawarith.
Apa beza Da'ie Mawarith dengan Rakan Asas Mawarith?
Da'ie Mawarith ialah laluan kerjaya penuh dengan career path dan latihan lengkap. RAM ialah laluan referral — anda kenalkan rangkaian anda, pihak lain uruskan konsultasi.
Berapa lama nak nampak hasil dari bidang ni?
Bergantung kepada aktiviti dan rangkaian sedia ada. Sesetengah rakan dapat referral pertama dalam bulan pertama; ada yang ambil masa lebih lama.
Insentif dibayar bila?
Mengikut struktur RAM/Da'ie Mawarith masing-masing — butiran penuh dikongsi semasa sesi pengenalan.
Kalau saya dah cuba tapi rasa tak sesuai, boleh berhenti?
Ya. RAM tiada tempoh penyertaan atau ikatan kontrak jangka panjang.
Mungkin Anda Juga Berminat
Artikel Berkaitan Dari Ilmu Hub
Belum Pasti Da'ie Mawarith Atau RAM Yang Sesuai?
Hadiri Taklimat Kerjaya PROSPER dulu — supaya anda faham dengan lebih jelas sebelum membuat pilihan. Tiada kos, tiada obligasi.