Kisah Saya | AZNATI NAYAN

Kisah Saya

Kenapa Saya Memilih Bidang Ini

Ini bukan kerjaya yang saya pilih sebab senang — ia dipilih sebab saya sendiri pernah tercari-cari jawapan yang tiada siapa dapat berikan. Ini kisah saya, dan dua organisasi yang menyokong perjalanan ini.

01

Kisah Saya

Saya membesar mendengar kisah "pusaka puaka" — cerita keluarga yang berebut harta selepas kematian, sehingga ada yang diusir dari rumah sendiri, malah ada yang sanggup pergi sejauh mencari jalan yang tidak sepatutnya seperti amalan ilmu hitam demi sebahagian harta pusaka. Kisah-kisah ini saya dengardan lihat sejak kecil, dan ia kekal dalam ingatan — tapi ia bukan sebab langsung saya menceburi bidang ini.

Titik tolak sebenar datang pada 2015. Seorang rakan sekerja meninggal dunia, dan berita yang sampai kepada saya bukan tentang pemergiannya sahaja — tetapi bagaimana isteri dan anak-anaknya kemudian berdepan masalah dengan keluarga arwah dalam urusan pusaka. Ia buat saya sedar: perkara yang saya dengar sebagai "cerita orang lain" waktu kecil, sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja — termasuk orang yang saya kenal. Takkan nak terus menunggu jadi kisah sendiri pula kan?

Pada masa yang sama, saya dan pasangan baru sahaja membeli rumah kediaman secara pemilikan bersama. Ini yang jadi titik tolak sebenar — saya mula bertanya: kalau sesuatu berlaku kepada salah seorang dari kami, apa akan jadi kepada rumah ini? Kepada keluarga kecil kami?

Dari situ saya mula mencari jawapan — bukan untuk orang lain dahulu, tetapi untuk melindungi kebajikan isi rumah kediaman saya sendiri.

Pencarian itu mengambil masa 5 tahun. Saya bertemu pelbagai penyedia perkhidmatan, tetapi tiada satu pun yang benar-benar menjawab kebimbangan saya secara menyeluruh — sehinggalah pada 2020, saya menemui Wasiyyah Shoppe Berhad. Solusi yang mereka tawarkan akhirnya menyelesaikan concern yang saya bawa bertahun — dan dari situ, saya bukan sahaja jadi pelanggan, tetapi memilih untuk turut menjadi sebahagian daripada mereka yang membantu keluarga lain melalui perjalanan yang sama.

Saya percaya, di luar sana ramai individu dan keluarga yang berada di tempat saya dahulu — tahu ada masalah, tapi belum jumpa jawapan yang tepat. Itulah sebabnya saya di sini hari ini.

02

Perjalanan Kerjaya Saya

Ramai sangka saya "terus" masuk bidang kewangan Islam. Sebenarnya tidak — perjalanan saya mengambil masa hampir 17 tahun, merentasi pelbagai industri, sebelum saya kembali kepada apa yang saya kini sedar adalah panggilan sebenar saya. Setiap fasa mengajar saya kemahiran yang saya masih guna hari ini.

Mac – Jun 2004

Trainee

Bank Islam Malaysia Berhad — Jabatan Fixed Assets & Personal Financing, HQ
Titik permulaan saya dalam dunia kewangan Islam — dari sini saya mula faham asas produk dan dokumentasi kewangan patuh syariah.
Apr 2005 – Nov 2007

Customer Service Representative

Proton Edar Sdn Bhd
Belajar mengendalikan pelanggan secara langsung — telefon, emel, bersemuka — asas kepada cara saya berkomunikasi dengan klien hari ini.
Nov 2007 – Jun 2011

Customer Support Executive → Customer Support Senior Executive

Abric Worldwide Sdn Bhd
Menyokong operasi perniagaan merentasi UK, US, Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika — membina keupayaan menguruskan hubungan kompleks merentasi sempadan.
Jul 2011 – Sep 2012

Senior Sales Executive → Assistant Sales Manager

Abric Worldwide Sdn Bhd
Menerajui jualan eksport ke Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika — melatih pasukan baru, dan bertanggungjawab penuh ke atas sasaran jualan wilayah.
Jul 2013 – Okt 2018

Purchasing Executive

Hicom-Teck See Manufacturing (M) Sdn Bhd
Menguruskan rangkaian bekalan dan dokumentasi SOP peringkat jabatan — asas ketelitian dan struktur yang saya bawa ke dalam setiap kes pewarisan.
Sep 2017 – Jun 2022

Ejen Takaful

Great Eastern Takaful Berhad
Langkah pertama saya kembali ke bidang kewangan Islam — bermula dengan perlindungan takaful sebelum menemui Wasiyyah Shoppe.
Apr 2020 – Kini

Dai'e Profesional Mawarith — Perunding Pewarisan Harta Islam

Wasiyyah Shoppe Berhad
Di sinilah semua pengalaman terdahulu bertemu — kemahiran urus pelanggan, ketelitian dokumentasi, dan kepakaran kewangan Islam, semuanya untuk membantu keluarga merancang harta dengan tenang.
Okt 2022 – Mac 2026

Financial Adviser Representative

Capspring Temasik Financial Group Berhad
Memperluaskan skop khidmat nasihat kewangan holistik, melengkapi kepakaran pewarisan harta dengan perancangan kewangan menyeluruh.
17 tahun, 8 fasa, satu benang merah — setiap kemahiran yang saya kumpul sepanjang jalan, kini saya gunakan untuk bantu keluarga anda merancang harta dengan tepat.
03

Mengenai Wasiyyah Shoppe Berhad

Wasiyyah Shoppe Berhad adalah Syarikat Amanah Patuh Syariah yang beroperasi di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100) — bermakna setiap urusan pelanggan tertakluk kepada piawaian perundangan tertinggi, bukan sekadar perkhidmatan penasihat biasa. Inilah "Principal" yang saya berdaftar di bawahnya sebagai Dai'e Profesional Mawarith.

20+Tahun pengalaman dalam industri perancangan harta
42+Solusi pewarisan harta patuh syariah
400+Perintah pengesahan hibah dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia
6,171Dai'e berdaftar di seluruh Malaysia
800+Kes pusaka yang berjaya diselesaikan
RM50 bilionAset di bawah pewarisan (Asset under Inheritance)
100K+Muslim Malaysia mendapat manfaat penyelesaian perancangan harta
RM1 bilionNilai harta pusaka dibantu urus dan diterima waris pelanggan

Datuk Rosyam Nor turut berkongsi bahawa beliau memilih Wasiyyah kerana kepakaran mereka dalam perancangan harta yang diiktiraf patuh Syariah, dan yakin harta beliau diurus dengan amanah dan telus.

— Datuk Rosyam Nor, Pelakon & Usahawan, Pelanggan Wasiyyah Shoppe Berhad

No. Pendaftaran Syarikat: 200401012968 (651471-T) · www.wasiyyahshoppe.com.my

04

Mengenai Kausar Group

Kausar Wealth Management Sdn Bhd (Kausar Group) adalah rakan strategik terbesar Wasiyyah Shoppe Berhad — dan inilah ejensi tempat saya berkhidmat sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam. Dengan pendekatan berfokuskan pelanggan dan sistem F.A.S.T, Kausar memastikan setiap solusi yang dicadangkan benar-benar sesuai dengan keperluan keluarga anda — bukan pendekatan "satu saiz untuk semua".

10 TahunDinobatkan Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe Berhad berturut-turut
8,000+Pelanggan telah dibantu dari seluruh Malaysia
2,500+Perunding berdaftar bersedia berkhidmat bila-bila masa
2024Dinobatkan sebagai "The Best Brand Of The Year"

Barisan pelanggan Kausar turut termasuk tokoh terkenal seperti Liza Hanim dan Ismen Nadim, yang berkongsi betapa proses hibah dan perancangan harta yang teratur memberi ketenangan — bukan sekadar menyelesaikan dokumen, tetapi menterjemahkan kasih sayang kepada keluarga yang ditinggalkan.

No. Pendaftaran Syarikat: 1093400-V · www.kausarwealth.com

Jangan tunggu sampai terlambat

Saya faham keresahan yang anda mungkin rasa sekarang — sebab saya sendiri pernah melaluinya. Wasap saya, sesi konsultasi awal percuma.