Mengapa Pesara Sesuai Meneroka Kerjaya Bersama Kausar Group? | AZNATI NAYAN

Peluang Kerjaya — Pesara

Mengapa Pesara Sesuai Meneroka Kerjaya Bersama Kausar Group?

Persaraan tidak semestinya bermaksud berhenti menyumbang.

Kisah Sebenar

Latar Belakang Berbeza, Satu Tujuan Yang Sama

Di kalangan pesara yang menyertai Kausar Group, latar belakang mereka sangat pelbagai — bekas Jurutera Telekomunikasi, bekas Kolonel, bekas Guru Besar, dan ramai lagi.

Seorang bekas Jurutera Telekomunikasi mulanya adalah pelanggan Wasiyyah sendiri — beliau hanya mempunyai anak perempuan, situasi yang sering menimbulkan persoalan faraid yang perlu difahami dengan teliti. Selepas proses merancang hartanya sendiri selesai, dan selepas bersara, beliau sedar betapa pentingnya ilmu ini — lalu memilih untuk menimba ilmu baharu, menjana pendapatan sambil menunaikan fardhu kifayah kepada masyarakat.

Dalam kalangan pesara yang sama, ada dua kisah balu yang menarik untuk dikongsi — dua pengalaman yang sangat bertentangan.

Seorang daripada mereka melalui sendiri kesukaran menguruskan pusaka arwah suaminya — proses yang panjang, rumit dan penuh cabaran. Pengalaman itu yang mendorong beliau membantu orang lain elakkan nasib yang sama.
Seorang lagi pula mengalami sebaliknya — proses yang sangat mudah, kerana arwah suaminya telah menyertai Khairat Pusaka Al-Wasitah semasa hayatnya. Beliau kini ingin orang lain turut menikmati kemudahan yang sama seperti yang beliau rasai.

Kesamaan cerita mereka semua — memanfaatkan usia persaraan untuk menimba ilmu baharu, memberi manfaat dan nilai tambah kepada masyarakat sebagai ibadah, sambil menjana pendapatan.

Realiti Selepas Bersara

Cabaran Pesara Hari Ini

01

Rasa "dah tak relevan" selepas bersara — ramai pesara kehilangan sense of purpose selepas bertahun-tahun aktif dalam kerjaya.

02

Pengalaman dan rangkaian luas tidak dimanfaatkan lagi — kemahiran dan hubungan yang dibina sepanjang puluhan tahun kerjaya sering terhenti begitu sahaja.

03

Pencen/simpanan tidak selalu mencukupi — ramai pesara perlukan sumber pendapatan tambahan, tapi tidak pasti bidang apa yang sesuai dengan usia dan tenaga mereka.

04

Pengalaman peribadi pusaka tiada saluran untuk disalurkan — ramai pesara sendiri pernah lalui atau saksikan kesukaran/kesenangan urusan pusaka dalam kalangan keluarga, tapi tiada cara sistematik untuk kongsikan pengajaran itu kepada orang lain.

Kelebihan Kepada Pesara

4 Kelebihan Menyertai Kausar Group

01

Kekal Produktif dan Bermakna

Anda terus menggunakan pengalaman untuk membantu orang lain.

02

Manfaatkan Pengalaman Kerjaya

Kemahiran komunikasi, pengurusan dan jaringan masih bernilai selepas bersara.

03

Kerja Fleksibel

Aktiviti boleh disusun mengikut kemampuan dan rutin anda sendiri.

04

Pendapatan Tambahan

Bidang ini boleh menjadi salah satu sumber pendapatan selepas bersara.

Contoh Situasi

Tempat Rujukan Komuniti, Tanpa Sistem Yang Tersusun

Selepas bersara, seseorang aktif dalam komuniti dan sering ditanya tentang hibah, faraid atau urusan pusaka. Dengan latihan, beliau boleh membantu menyalurkan pertanyaan itu secara tersusun.

Cuba muhasabah: Adakah anda sendiri sering ditanya soalan pusaka oleh rakan/jiran/ahli keluarga selepas bersara, tapi cuma boleh jawab secara tidak formal?

Sokongan Penuh

Bagaimana Kausar Membantu

Latihan

Anda tak perlu jadi pakar faraid dari hari pertama. Latihan berstruktur disediakan dari asas.

Sistem Sokongan

Sistem F.A.S.T membantu anda kenal pasti keperluan pewarisan secara tersusun.

Panel Syariah

Setiap solusi yang dicadangkan melalui semakan dan kelulusan Panel Syariah rasmi.

After-Sales

Anda tidak "lepas tangan" selepas rujukan; proses seterusnya disokong penuh oleh Kausar Group dan Wasiyyah Shoppe Berhad.

Pilih Laluan Anda

Laluan Yang Boleh Dipilih

Sepenuh Masa / Kerjaya

Da'ie Mawarith

Sesuai untuk pesara yang mahu membina "kerjaya kedua" sebagai Perunding Pewarisan berdaftar — dengan career path jelas dan potensi pendapatan berperingkat.

Referral / Fleksibel

Rakan Asas Mawarith (RAM)

Sesuai untuk pesara yang mahu memperkenalkan rakan/rangkaian kepada perunding pewarisan — pendaftaran percuma, tiada MOU, insentif 5% produk perancangan.

Semak Diri

Adakah Saya Sesuai?

Saya baru bersara atau akan bersara tidak lama lagi
Saya rasa pengalaman dan rangkaian saya sepanjang kerjaya masih boleh memberi manfaat
Saya sendiri pernah lalui atau saksikan pengalaman pusaka (senang atau susah) dalam kalangan keluarga/rakan
Saya nak kekal produktif dan buat sesuatu bermakna, bukan sekadar mengisi masa
Saya boleh luangkan masa mengikut kemampuan sendiri, tanpa tekanan sepenuh masa
Tick 3 atau lebih? Anda mungkin calon yang sesuai.

Soalan Lazim

FAQ

Ada had umur?

Tiada had umur. Selagi berkemampuan dan berkeinginan, anda boleh menyertai sebagai Perunding.

Perlu bekerja setiap hari?

Tidak. Aktiviti boleh dirancang secara fleksibel mengikut rutin anda.

Boleh fokus kepada referral sahaja?

Ya. Laluan RAM mungkin lebih sesuai untuk sesetengah pesara yang tak nak komitmen penuh.

Perlu mahir faraid sebelum bermula?

Tidak. Latihan dan bimbingan disediakan dari asas, langkah demi langkah.

Adakah ini terlalu berat untuk usia saya?

Tidak semestinya. Ramai pesara memilih tahap komitmen ringan, sekadar berkongsi ilmu dengan rangkaian sedia ada.

Saya tiada latar belakang kewangan/Islam — masih boleh?

Ya. Pengalaman hidup dan kematangan selalunya lebih bernilai daripada latar belakang teknikal untuk bidang ini.

Apa beza Da'ie Mawarith dengan Rakan Asas Mawarith?

Da'ie Mawarith ialah laluan kerjaya penuh dengan career path dan latihan lengkap. RAM ialah laluan referral — anda kenalkan rangkaian anda, pihak lain uruskan konsultasi.

Berapa lama nak nampak hasil dari bidang ni?

Bergantung kepada aktiviti dan rangkaian sedia ada. Sesetengah rakan dapat referral pertama dalam bulan pertama; ada yang ambil masa lebih lama.

Insentif dibayar bila?

Mengikut struktur RAM/Da'ie Mawarith masing-masing — butiran penuh dikongsi semasa sesi pengenalan.

Kalau saya dah cuba tapi rasa tak sesuai, boleh berhenti?

Ya. RAM tiada tempoh penyertaan atau ikatan kontrak jangka panjang.

Belum Pasti Da'ie Mawarith Atau RAM Yang Sesuai?

Hadiri Taklimat Kerjaya PROSPER dulu — supaya anda faham dengan lebih jelas sebelum membuat pilihan. Tiada kos, tiada obligasi.

← Kembali Ke Peluang Kerjaya