Peluang Kerjaya | AZNATI NAYAN

Peluang Kerjaya

Bina Kerjaya Yang Beri Impak Duniawi & Ukhrawi

Sama ada anda nak jadi Perunding Pewarisan sepenuh masa, atau nak tambah nilai kepada perkhidmatan sedia ada anda sebagai Rakan Kolaborasi — ada laluan untuk anda di sini.

Realiti Yang Sering Kita Dengar

Kisah Yang Berulang Setiap Tahun

🔒

Harta pusaka tidak dapat diwarisi dan menjadi beku bertahun-tahun.

💔

Ahli keluarga bergaduh sesama sendiri disebabkan perebutan harta pusaka.

📋

Hasrat pembahagian tidak dapat dilaksana kerana pilihan instrumen pewarisan yang tidak tepat.

RM70 Bilion

harta beku di Malaysia — 90% milik umat Islam, dan 90% daripadanya adalah hartanah (anggaran 1 juta keping tanah beku di seluruh negara). Anda boleh bantu jana semula ekonomi ummah.

RM1.75 BilionZakat harta beku — lebih tinggi dari zakat KL & Selangor 2018 (RM1.44 Bilion). Orang mati "bayar" zakat lebih dari orang hidup
52%–81%Kekayaan generasi datang dari pewarisan, bukan pendapatan sendiri (Credit Suisse Global Wealth Report)
7 dari 10Usahawan Malaysia tidak buat sebarang perancangan pewarisan perniagaan
~10,000Perunding Pewarisan aktif di Malaysia — berbanding 89k (Unit Trust), 85k (Insurans), 95k (Takaful), 18k (Peguam Sivil). Pasaran paling under-served

Kenapa Perlu Anda

Industri Ini Sangat Memerlukan Anda

Kepuasan Kerja

Anda sedang melaksanakan fardu kifayah — mendidik masyarakat tentang ilmu faraid dan menyelesaikan urusan pusaka. Nasib waris terbela dengan khidmat anda.

Pasaran Luar Biasa

9.4 juta Melayu Islam berusia 25 tahun ke atas layak merancang harta mereka. Dengan hanya ~200 Da'ie aktif di seluruh Malaysia, purata 40,796 bakal pelanggan untuk setiap seorang Da'ie.

Ganjaran Pendapatan

Laluan kerjaya jelas — Da'ie Mawarith → Da'ie Profesional Mawarith → Super Da'ie Profesional Mawarith → Ketua Da'ie Eksekutif — lengkap dengan insentif dan pengiktirafan dari Wasiyyah Shoppe Berhad.

Kebebasan Masa & Fleksibiliti

Bina perniagaan anda sepantas keinginan dan dedikasi anda sendiri — rancang pendapatan dan masa mengikut acuan anda. Sesuai sepenuh masa atau sampingan.

Latihan Berkualiti Tinggi

Latihan berterusan supaya anda sentiasa bersedia dan berilmu untuk bantu pelanggan merancang harta secara tepat dan holistik.

Sistem F.A.S.T Terbukti

Bukan mula dari kosong — ikut kaedah konsultasi yang sistematik dan telah terbukti membantu ribuan keluarga di seluruh Malaysia.

Adakah Ini Anda?

Ramai Yang Berjaya Bermula Dari Latar Belakang Yang Berbeza

Anda tak perlu tunggu "sesuai" dulu baru boleh mula. Mungkin salah satu ni memang anda — klik "Baca Lagi" untuk lihat kenapa golongan anda sesuai.

🛡️

Ejen Takaful

Dah biasa jumpa client. Tinggal lengkapkan satu lagi solusi yang mereka perlukan.

📈

Perunding Pelaburan

Client anda dah ada pelaburan. Siapa uruskan bila mereka tiada? Isi jurang tu.

🏠

Ejen Hartanah

Anda faham hartanah luar dalam. 90% harta beku pun hartanah.

⚖️

Peguam Hartanah

Perluaskan tawaran pelanggan dengan solusi pewarisan yang komprehensif.

📜

Peguam Syariah

Perkasakan kerjaya dengan lebih banyak peluang perkhidmatan kepada masyarakat.

📊

Akauntan

Client perniagaan anda perlukan perancangan penerusan, bukan sekadar buku akaun.

🗂️

Setiausaha Syarikat

Kembangkan skop perkhidmatan korporat anda dengan kepakaran undang-undang Islam.

👥

Golongan Profesional

Doktor, jururawat, pilot, jurutera — kemahiran anda melengkapi bidang ini.

🌅

Pesara

Kekal produktif dan bermakna selepas bersara — manfaatkan pengalaman dan rangkaian sepanjang kerjaya anda.

💼

Usahawan / Pemilik Perniagaan

Anda dah faham value perancangan. Kongsikan pengalaman tu dengan usahawan lain.

🏡

Suri Rumah / Pendapatan Sampingan

Fleksibiliti masa penuh, tanpa perlu tinggalkan tanggungjawab rumah.

🌱

Baru Kena Buang Kerja / Nak Tukar Kerjaya

Cari kestabilan dan permulaan baru yang bermakna.

Kepercayaan

Disokong Rangkaian Yang Terbukti

Anda tidak bersendirian — di belakang anda ada Wasiyyah Shoppe Berhad (Principal/Syarikat Amanah) dan Kausar Group (Ejensi), dua organisasi dengan rekod prestasi yang kukuh dalam industri ini.

2,300+Perunding Pewarisan telah dibimbing Kausar sejak 2015
1,800+Perunding aktif berdaftar di seluruh negara
7,000+Pelanggan Kausar di seluruh Malaysia
2015–2024Pemenang Anugerah Khalifah & Piala CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

Nak tahu lebih lanjut pasal Wasiyyah Shoppe Berhad dan Kausar Group? Baca kisah penuh saya →

F

Analisis Faraid

Kenal pasti bakal waris dan hak pembahagian mereka.

A

Analisis Aset

Fahami jenis aset, status pemilikan dan undang-undang berkaitan.

S

Solusi

Laksanakan hasrat pembahagian ikut peruntukan syarak & perundangan.

T

Ambil Tindakan

Bantu pelanggan bertindak segera untuk keluarga tersayang.

Kisah Sebenar Dari Perunding

Siri Bina Kerjaya — Kenapa Mereka Sertai Industri Ini?

Siri FB Live realiti Kausar Group (2021–2022) — 9 episod Perunding sebenar kongsikan latar belakang dan sebab mereka akhirnya berada dalam industri pewarisan harta Islam.

Memuatkan video...

Untuk Individu

Dua Laluan Utama Untuk Anda

Ikut tahap komitmen yang anda nak bagi — dua-dua laluan ini terbuka untuk semua golongan sasaran di atas.

Sepenuh Masa / Kerjaya

Da'ie Mawarith (Perunding Pewarisan Berdaftar)

Sertai sebagai Perunding Pewarisan berdaftar terus dengan Wasiyyah Shoppe Berhad, di bawah bimbingan dan mentorship saya melalui Ejensi Kausar. Sesuai untuk anda yang serius nak membina kerjaya dalam bidang perancangan harta Islam.

  • Career path jelas: Da'ie Mawarith → Da'ie Profesional Mawarith → Super Da'ie Profesional Mawarith → Ketua Da'ie Eksekutif
  • Latihan dan mentorship berterusan
  • Proses pendaftaran rasmi diuruskan bersama
  • Akses penuh sistem F.A.S.T, analisis faraid & aset
  • Sokongan proses akad dan signing dari Wasiyyah Shoppe Berhad
Daftar Minat Jadi Da'ie
Referral / Fleksibel

Rakan Asas Mawarith (RAM)

Anda dari industri kewangan, perakaunan, hartanah, insurans, atau mana-mana portfolio yang ada pelanggan sendiri? Kenalkan sesiapa yang perlukan perancangan pewarisan — kami uruskan selebihnya, anda kekal sebagai "trusted advisor" pelanggan anda.

  • Pendaftaran PERCUMA, tiada MOU, tiada tempoh penyertaan
  • Cuma Borang RAM + salinan kad pengenalan
  • Insentif 5% produk perancangan untuk setiap referral berjaya
  • Pilihan anda nak turut hadir sesi bersama pelanggan, atau biar saya uruskan terus — anda tak perlu mahir dalam faraid/hibah/wasiat
Jadi Rakan Asas Mawarith

Sebelum Anda Pilih

Belum Pasti Nak Pilih Laluan Mana? Hadiri Taklimat Kerjaya PROSPER Dulu

Sebelum membuat keputusan antara Da'ie Mawarith atau Rakan Asas Mawarith, Kausar Group sediakan Taklimat Kerjaya PROSPER bulanan — supaya anda faham dengan lebih jelas dulu sebelum memilih. Tiada kos, tiada obligasi.

Taklimat Kerjaya PROSPER

Untuk Organisasi

Organisasi Anda Boleh Jadi Rakan Korporat Mawarith (RKM)

Berbeza dari RAM — laluan ini khusus untuk organisasi atau syarikat, bukan individu. Organisasi anda bantu sediakan platform untuk kami sampaikan kesedaran ilmu pewarisan harta Islam kepada ahli atau kakitangan anda, sambil menjana pendapatan tambahan melalui MOU rasmi bersama Wasiyyah Shoppe Berhad dan Kausar Group.

🕌

NGO / Masjid / Surau

Sediakan platform untuk kami sampaikan kesedaran pewarisan kepada jemaah/ahli kariah

🧾

Firma COSEC / Audit / Tax

Min. 10 tahun beroperasi — lengkapkan servis firma dengan solusi pewarisan

🎓

Badan Alumni

Nilai tambah keahlian — platform untuk kami sampaikan kesedaran pewarisan kepada ahli alumni

🏢

Syarikat Majikan

Tawarkan sebagai employee benefit / kesedaran kewangan Islam kepada kakitangan

MOU rasmi 3 tahun antara organisasi, Wasiyyah Shoppe Berhad & Kausar Group
Insentif: 2% produk perancangan + RM7 Wasitah + RM5 Muawanah
Sokongan aktiviti dakwah/kesedaran lebih menyeluruh dari Wasiyyah
Solusi dipantau dan diluluskan Panel Syariah

Kategori tambahan yang layak (tertakluk kepada semakan Channel Management): Koperasi (min. 10 tahun, min. 1,000 ahli) & Travel Agensi Umrah/Haji.

Hubungi Untuk Bincang Kerjasama RKM

Jangan Berlengah Lagi — Ini Kerjaya Yang Anda Cari Selama Ini

Bersama kita memacu kejayaan duniawi dan ukhrawi, membangunkan ekonomi ummah dalam bidang pewarisan harta Islam — sama ada sebagai individu atau organisasi.