Peluang Kerjaya — Perunding Pelaburan
Mengapa Perunding Pelaburan Perlu Sertai Kausar Group?
Pelanggan anda sudah mempunyai pelaburan. Persoalannya, siapa yang akan menguruskan aset itu apabila mereka tiada?
Kisah Sebenar
Bagaimana Founder Kausar Group Sendiri Bermula Sebagai Perunding Pelaburan
Pada tahun 2009, Puan Suzana Abu Bakar — kini Founder Kausar Group — masih seorang Perunding Unit Trust. Salah seorang pelanggannya, dipanggil Abang Din, meninggal dunia secara mengejut.
Abang Din meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja, Puan Ida, bersama 6 orang anak di bawah umur. Puan Suzana tidak pernah bertemu Puan Ida sebelum ini.
Selepas pemergian Abang Din, Puan Ida menelefon dan memohon bantuan. Soalan yang beliau tanya sangat mendalam:
Jujurnya, ketika itu Puan Suzana tiada ilmu tentang pewarisan harta langsung — beliau belum pernah melibatkan diri dalam bidang ini. Tapi atas rasa tanggungjawab, beliau berjanji akan bantu Puan Ida sehingga selesai.
Mereka sama-sama mencari dokumen yang ditinggalkan arwah, menyusunnya, dan memfailkan permohonan di Pejabat Pusaka Kecil.
Tapi hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan — pusaka masih belum selesai.
Enam bulan kemudian, semasa Puan Suzana sedang menjalani latihan, beliau menerima beberapa panggilan tak berjawab daripada Puan Ida. Bila di-call balik, Puan Ida beritahu — dengan peperiksaan SPM anak sulung dan Hari Raya sama-sama semakin hampir, anak-anaknya memerlukan wang untuk terus hidup.
Puan Ida terpaksa mengambil keputusan untuk bekerja sebagai jururawat di Timur Tengah, dan setiap bulan akan menghantar wang pulang ke Malaysia — dengan satu permintaan kepada Puan Suzana: tolong tengokkan anak-anaknya semasa beliau pergi.
Malam itu, Puan Suzana tidak dapat tidur — memikirkan nasib Puan Ida dan anak-anaknya.
Dari situlah tekadnya bermula. Pada tahun 2010, beliau mula mendalami ilmu pewarisan harta Islam — dengan satu matlamat: mendidik seramai mungkin wanita supaya mereka boleh membuat keputusan yang tepat semasa suami masih ada, supaya bila suami tiada nanti, mereka ada nafkah dan perlindungan — bukan terpaksa berpisah dengan anak-anak demi mencari rezeki di negara orang.
Realiti Industri
Cabaran Perunding Pelaburan Hari Ini
Daripada pemerhatian saya mengendalikan konsultasi pewarisan, beberapa cabaran yang sering saya dengar daripada rakan-rakan dalam industri pelaburan:
Portfolio membesar, dokumentasi pewarisan tidak berkembang sama — pelaburan pelanggan bertambah setiap tahun, tapi maklumat penama/waris tidak pernah dikemas kini seiring.
Anggapan "nominee sudah cukup" — ramai pelanggan (dan perunding) menyangka menetapkan nombor akaun bersama atau nominee dalam unit trust sudah menyelesaikan isu pewarisan, sedangkan ia tidak semudah itu dari sudut faraid.
Pelaburan berselerak di pelbagai platform — waris selalunya tidak tahu di mana nak mula bila pelanggan ada akaun di beberapa platform/broker berbeza.
Perbualan tentang kematian dirasakan tidak "sesuai" — ramai perunding rasa janggal nak bawa topik pewarisan di tengah perbincangan strategi pelaburan yang bersifat optimis.
Peluang after-sales yang hilang begitu sahaja — selepas matlamat pelaburan awal tercapai, tiada langkah seterusnya yang natural ditawarkan untuk perdalam hubungan dengan pelanggan.
Mengapa Perunding Pelaburan Sesuai
4 Kelebihan Menyertai Kausar Group
Kadar Retensi Pelanggan Lebih Tinggi
Perbincangan pewarisan membina hubungan yang lebih panjang daripada sekadar pembelian atau prestasi pelaburan.
Posisi Sebagai Penasihat Kewangan Holistik
Anda membantu pelanggan melihat tiga fasa kekayaan: membina, melindungi dan mewariskan.
Hubungan Pelanggan Lebih Mendalam
Perbincangan melibatkan keluarga, matlamat hidup dan hasrat pelanggan — bukan sekadar angka.
Perkhidmatan After-Sales Komprehensif
Pelanggan terus mendapat bimbingan selepas membina portfolio pelaburan, bukan ditinggalkan begitu sahaja.
Contoh Situasi
Pelaburan Dibina, Pelan Pewarisan Belum Tersedia
Seorang pelanggan mempunyai portfolio pelaburan yang semakin berkembang. Namun pasangan dan anak-anaknya tidak mengetahui senarai pelaburan, dokumen atau proses tuntutan.
Pelaburan telah dibina, tetapi pelan pewarisannya belum tersedia.
Sokongan Penuh
Bagaimana Kausar Membantu
Latihan
Anda tak perlu jadi pakar faraid dari hari pertama. Latihan berstruktur disediakan dari asas.
Sistem Sokongan
Sistem F.A.S.T membantu anda kenal pasti keperluan pewarisan pelanggan secara tersusun.
Panel Syariah
Setiap solusi yang dicadangkan melalui semakan dan kelulusan Panel Syariah rasmi.
After-Sales
Anda tidak "lepas tangan" selepas rujukan; proses seterusnya disokong penuh oleh Kausar Group dan Wasiyyah Shoppe Berhad.
Pilih Laluan Anda
Laluan Yang Boleh Dipilih
Da'ie Mawarith
Sesuai untuk individu yang mahu membina kerjaya sebagai Perunding Pewarisan berdaftar — dengan career path jelas dan potensi pendapatan berperingkat.
Rakan Asas Mawarith (RAM)
Sesuai untuk perunding yang mahu memperkenalkan pelanggan kepada perunding pewarisan — pendaftaran percuma, tiada MOU, insentif 5% produk perancangan.
Semak Diri
Adakah Saya Sesuai?
Soalan Lazim
FAQ
Adakah pewarisan sama dengan pelaburan?
Tidak. Pelaburan menumpukan pertumbuhan aset. Pewarisan menumpukan pemindahan dan pengurusan selepas kematian.
Perlu mengendalikan konsultasi sendiri?
Tidak semestinya. Melalui RAM, anda boleh memperkenalkan pelanggan kepada perunding pewarisan berdaftar.
Boleh pelanggan lama dirujuk?
Ya, apabila terdapat keperluan dan dengan persetujuan pelanggan.
Perlu mahir faraid sebelum bermula?
Tidak. Latihan dan bimbingan disediakan dari asas, langkah demi langkah.
Boleh bermula secara sambilan?
Ya. Tahap komitmen boleh disesuaikan — sepenuh masa atau sampingan.
Adakah ini bercanggah dengan lesen/kelayakan perunding pelaburan saya?
Setiap platform/institusi ada polisi berbeza tentang aktiviti luar. Sila semak dengan syarikat/pengawal selia anda sendiri sebelum bermula, terutama untuk laluan Da'ie Mawarith.
Apa beza Da'ie Mawarith dengan Rakan Asas Mawarith?
Da'ie Mawarith ialah laluan kerjaya penuh dengan career path dan latihan lengkap. RAM ialah laluan referral — anda kenalkan pelanggan, pihak lain uruskan konsultasi.
Berapa lama nak nampak hasil dari bidang ni?
Bergantung kepada aktiviti dan rangkaian sedia ada. Sesetengah rakan dapat referral pertama dalam bulan pertama; ada yang ambil masa lebih lama.
Insentif dibayar bila?
Mengikut struktur RAM/Da'ie Mawarith masing-masing — butiran penuh dikongsi semasa sesi pengenalan.
Kalau saya dah cuba tapi rasa tak sesuai, boleh berhenti?
Ya. RAM tiada tempoh penyertaan atau ikatan kontrak jangka panjang.
Mungkin Anda Juga Berminat
Artikel Berkaitan Dari Ilmu Hub
Belum Pasti Da'ie Mawarith Atau RAM Yang Sesuai?
Hadiri Taklimat Kerjaya PROSPER dulu — supaya anda faham dengan lebih jelas sebelum membuat pilihan. Tiada kos, tiada obligasi.