Infografik akan diterbitkan tidak lama lagi.
Ilmu Hub
Tempat Semua Ilmu Pewarisan Terkumpul
Kumpulan blog, video dan infografik tentang faraid, hibah, wasiat dan pengurusan pusaka — supaya anda faham sebelum bertindak, bukan sekadar dengar cerita orang.
Baca ilmu dalam bahasa mudah
Artikel yang menghuraikan faraid, hibah, wasiat dan kes sebenar — ditulis dalam bahasa yang senang difahami.
Memuatkan artikel terkini...
Anekdot Mawarith — Tulisan Tn. Hj. Ariffin Sabirin
Kolum mingguan oleh Pengasas & CEO Wasiyyah Shoppe Berhad, disiarkan di DagangNews — perkongsian pengalaman sebenar dalam industri pewarisan harta Islam.
Memuatkan senarai artikel...
Tonton, senang lagi faham
Video terkini daripada semua siri kami — Bicara Pewarisan, Bilik Bedah, Pusaka Malam Jumaat dan lain-lain — dikemas kini automatik setiap kali episod baharu diterbitkan.
Ilmu dalam satu pandangan
Rumusan visual untuk konsep yang kadang perlukan carta supaya lebih senang faham dalam sekali tengok.
Persepsi vs Realiti, dalam 4 petak
Komik ringkas bertemakan hibah, wasiat, faraid dan pengurusan harta pusaka — dialog santai, mudah difahami sebelum anda mula bertindak.
Memuatkan komik terkini...
Kategori
Pengurusan Pusaka & Faraid
Asas ilmu faraid — daripada kenapa ia penting, siapa waris yang berhak, sehingga proses pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
Pengenalan Faraid
Asas pensyariatan, kepentingan dan kewajipan mengetahui faraid sebelum sebarang harta dibahagikan.
Baca penjelasanRukun & Syarat Pusaka
Elemen yang mesti dipenuhi sebelum sesuatu pembahagian pusaka sah dilaksanakan mengikut syarak.
Baca penjelasanWaris-Waris
Siapa tergolong sebagai waris lelaki dan perempuan yang layak menerima bahagian daripada si mati.
Baca penjelasanCara Pembahagian
Beza antara waris fardu (bahagian tetap) dan asobah (baki selebihnya) dalam sistem faraid.
Baca penjelasanHalangan Pusaka
Sebab-sebab tertentu yang menghalang seseorang daripada mewarisi walaupun dia waris yang sah.
Baca penjelasanPentadbiran Harta Pusaka
Proses selepas kematian — daripada perintah pembahagian pusaka sehingga harta sampai ke tangan waris.
Baca penjelasanKategori
Perancangan Harta
Lima instrumen utama untuk merancang harta semasa hayat — kenal beza setiap satu supaya anda pilih yang paling sesuai dengan hasrat anda.
Wasiat Pentadbiran (Wisoyyah)
Dokumen pelantikan wasi untuk mentadbir harta dan menjaga kebajikan anak-anak bawah umur dan anak istimewa selepas kematian — berbeza daripada Wasiat 1/3 yang menentukan pembahagian harta.
Sesuai bilaAnda ada anak bawah umur atau anak istimewa dan nak pastikan ada individu dipercayai mentadbir harta serta menjaga kebajikan mereka.
Baca penjelasanWasiat 1/3
Pesanan pembahagian sebahagian harta (tidak melebihi 1/3), dilaksanakan selepas kematian, biasanya kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan.
Sesuai bilaAnda nak salurkan sebahagian harta kepada bukan waris atau badan kebajikan selepas anda tiada.
Baca penjelasanHibah
Pemberian harta semasa hayat, kepada sesiapa sahaja termasuk waris, dan kuat kuasa serta-merta selepas akad selesai.
Sesuai bilaAnda nak pastikan harta sampai terus kepada penerima tanpa perlu tunggu kematian.
Baca penjelasanAmanah
Pengurusan harta oleh pihak dipercayai (pemegang amanah) bagi faedah penerima tertentu, selalunya untuk anak kecil atau golongan OKU.
Sesuai bilaAnda nak kawal macam mana harta digunakan selepas diserahkan, bukan sekadar serah terus.
Baca penjelasanWaqaf
Penyerahan harta atau manfaatnya untuk kegunaan kekal demi kebajikan ummah — bukan untuk waris tertentu, tapi faedah berterusan untuk orang ramai.
Sesuai bilaAnda nak tinggalkan legasi yang faedahnya berterusan untuk ummah. Tiada produk direct untuk ini, tapi ada kaedah gabungan untuk capai hasrat waqaf anda — bincang bersama saya.
Baca penjelasanKategori
Golongan Kritikal Merancang Harta
15 golongan yang paling memerlukan perancangan harta segera — semak mana yang menggambarkan situasi anda.
Terokai Ikut Topik
Semua yang saya kongsi, tersusun ikut 7 topik utama
Kes Sebenar / Kisah Pusaka
Situasi waris bergaduh, harta beku, masalah pengurusan.
Edukasi Hukum
Faraid, rukun hibah, beza wasiat vs hibah.
Penyelesaian / Solusi
Hibah rumah, khairat pusaka, takaful amanah.
Segment Khusus
Ibu tunggal, pemilik bisnes, suami isteri, warga emas.
Mitos vs Fakta
Salah faham tentang KWSP, penama, insurans konvensional.
Behind The Scenes
Kerja lapangan, sesi khutbah pusaka, jumpa klien.
Pewarisan Bisnes
Hibah saham, business continuity, kes syarikat beku.
Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang
Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.