Katalog Solusi | AZNATI NAYAN

Katalog Solusi

Pilih Solusi Ikut Aset Anda

Setiap jenis aset ada cara pewarisan tersendiri. Semak solusi yang sesuai, dan dokumen diperlukan sebelum sesi konsultasi — supaya proses lebih cepat dan teratur.

Dokumen Asas — Diperlukan Untuk Hampir Semua Produk Hibah

  • Salinan kad pengenalan pemberi hibah
  • Salinan kad pengenalan penerima hibah
  • Salinan kad pengenalan penjaga harta / pemegang amanah (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan individu yang menerima manfaat dalam Surat Ikatan Amanah (SIA) atau syarat hibah (jika ada)
  • Arahan pembahagian hibah

Senarai dokumen dalam setiap kad di bawah adalah TAMBAHAN kepada dokumen asas ini — bukan gantian. Untuk sebut harga penuh, sila hubungi saya untuk sesi konsultasi.

Kategori

Khairat Pusaka Al-Wasitah

Sumbangan bulanan menggunakan konsep tabarru' — anda lantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai Pakar Urus Pusaka untuk membantu waris mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (Pejabat Pusaka Kecil) atau Geran Probet (Mahkamah Tinggi Sivil). Kos urusan pusaka dibayar terus melalui Tabung Tabarru' ini — jadi urusan pusaka PERCUMA kepada waris, tanpa mereka perlu terbeban dengan prosedur dan kos.

Al-Wasitah Mutiara
18–60 Tahun

Al-Wasitah Mutiara

Pelan khairat pusaka peringkat asas — sesuai untuk aset bernilai di bawah RM5 juta.

Serendah RM65/bulan (18–45 tahun) · RM80/bulan (46–60 tahun)

Lihat manfaat & syarat
  • Syarat kelayakan: berumur bawah 60 tahun; nilai aset di bawah RM5 juta; harta alih/tidak alih atau kedua-duanya
  • Tempoh langganan: 15 tahun
  • Kad Legasi
  • Dokumen perlantikan wasi & wasiat 1/3
  • Simpanan dokumen di Bilik Kebal
  • Khutbah pusaka untuk waris
  • Pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil
  • Khairat kematian RM2,000
  • Kos tanggungan pengurusan pusaka sehingga RM20,000
  • Enam (6) carian (geran) pertama
Al-Wasitah Berlian
18–60 Tahun

Al-Wasitah Berlian

Pelan khairat pusaka peringkat lebih menyeluruh — sesuai untuk aset bernilai di bawah RM10 juta.

Serendah RM175/bulan (18–45 tahun) · RM190/bulan (46–60 tahun)

Lihat manfaat & syarat
  • Syarat kelayakan: berumur bawah 60 tahun; nilai aset di bawah RM10 juta; harta alih/tidak alih atau kedua-duanya
  • Tempoh langganan: 15 tahun
  • Kad Legasi
  • Dokumen perlantikan wasi & wasiat 1/3
  • Simpanan dokumen di Bilik Kebal
  • Khutbah pusaka untuk waris
  • Pengurusan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil
  • Kos tanggungan pengurusan pusaka sehingga RM60,000
  • Dua belas (12) carian (geran) pertama

Kategori

Asas Perancangan

Dokumen asas yang membentuk kerangka perancangan harta anda sebelum melangkah ke instrumen lain.

Dokumen Pelantikan Wasi (Wasiat Pentadbiran)

Melantik individu dipercayai untuk mentadbir harta dan menjaga kebajikan anak-anak bawah umur selepas kematian.

Lihat senarai dokumen
  • Salinan kad pengenalan pemilik harta
  • Salinan kad pengenalan individu yang ingin dilantik sebagai wasi

Dokumen Wasiat 1/3

Wasiat rasmi untuk salurkan sehingga 1/3 harta kepada bukan waris atau tujuan kebajikan, mengikut had yang dibenarkan syarak.

Lihat senarai dokumen
  • Salinan kad pengenalan pewasiat
  • Salinan kad pengenalan penerima wasiat, atau dokumen pengenalan syarikat/organisasi jika penerima adalah institusi

Pengisytiharan Harta Sepencarian

Isytiharkan aset yang diperoleh bersama semasa perkahwinan, bagi mengelakkan pertikaian pembahagian pusaka kelak.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai harta yang diisytiharkan sebagai harta sepencarian
  • Dokumen harta yang terlibat

Pentadbiran Felda

Untuk pemegang tanah/rumah Felda yang memerlukan susunan pentadbiran khusus mengikut peraturan Felda.

Lihat senarai dokumen
  • Salinan kad pengenalan pemegang tanah Felda
  • Salinan kad pengenalan 1 atau 2 individu yang ingin dinamakan sebagai Pentadbir Tanah Felda

Kategori

Hartanah & Kenderaan

Untuk aset yang mungkin masih dalam pinjaman (bercagar) atau sudah selesai bayar (tidak bercagar).

Bercagar / Tidak Bercagar

Hibah Hartanah

Pindah milik hartanah semasa hayat kepada penerima pilihan anda. Pra Hibah untuk keperluan asas; Hibah Komprehensif untuk perlindungan lebih menyeluruh.

Lihat senarai dokumen
  • Geran, S&P, atau Pengisytiharan Jualan (dengan nama pelanggan & no. hakmilik)
  • Surat tawaran pinjaman bank — jika hartanah masih bercagar
  • MRTA/MRTT/MLTT/MLTA/CLTT/CLTA atau bukti penyelesaian pembayaran penuh
  • Borang Deklarasi Hartanah Bercagar/Tidak Bercagar (jika dokumen di atas tiada)
Bercagar / Tidak Bercagar

Hibah Kenderaan

Sama konsep dengan hartanah, tapi untuk kenderaan — satu kenderaan hanya untuk satu penerima.

Lihat senarai dokumen
  • Geran kenderaan (nama, no. pendaftaran, buatan/model)
  • Surat tawaran pinjaman bank — jika masih bercagar
  • HPRT (Hire Purchase Reducing Term Takaful) jika berkenaan
  • Borang Deklarasi Kenderaan Bercagar/Tidak Bercagar
  • Nota: 1 kenderaan untuk 1 penerima hibah sahaja

Kategori

Akaun Simpanan & Perbankan

Untuk akaun bank, tabung haji dan simpanan lain yang anda miliki.

Ehsan (Akaun Bank Biasa)

Untuk akaun semasa, simpanan atau simpanan tetap — arahan hanya boleh diberi kepada seorang individu. Agihan boleh diberikan kepada ramai benefisiari.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata akaun (nama pemilik, no. akaun, nama institusi)
  • Arahan hanya boleh diberikan kepada individu sahaja

Hibah Deposit Bank

Untuk akaun simpanan tetap atau deposit bank yang ingin dihibahkan kepada penerima pilihan.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Hibah Akaun Bersama

Khusus untuk akaun joint name — hibah hanya boleh kepada pemilik akaun bersama itu sendiri.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata akaun (termasuk nama penama bersama / joint name)
  • Hibah kepada pemilik akaun bersama sahaja

Hibah Tabung Haji

Salurkan simpanan Tabung Haji kepada penama yang telah didaftarkan di Lembaga Tabung Haji. Agihan boleh dibuat kepada ramai benefisiari.

Lihat senarai dokumen
  • Lampiran penama tabung haji (nama & no. akaun)
  • Muka depan buku / penyata akaun tabung haji
  • Penyata akaun penuh (jika ada arahan peruntukan dalam SIA)
  • Hibah kepada penama pertama berdaftar sahaja

Hibah Akaun Pelaburan Emas

Untuk akaun simpanan emas patuh syariah, hibah kepada seorang penerima sahaja. Agihan kepada ramai benefisiari boleh dibuat melalui arahan dalam Surat Ikatan Amanah.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata akaun (nama, no. akaun, nama institusi pelaburan emas)

Hibah Sijil Simpanan Premium BSN

Untuk pemegang Sijil Simpanan Premium BSN.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata (nama pemilik akaun, no. akaun, nama akaun)
  • Hibah kepada seorang sahaja

KasihKu (ASNB)

Untuk pelabur ASNB yang belum membuat hibah amanah terus di ASNB. Terpakai untuk unit tidak bercagar atau bercagar (ASB Financing), atau ASB yang bersumberkan Akaun 1 KWSP.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata ASNB (nama, nama akaun, no. akaun, pengesahan belum buat hibah amanah di ASNB)
  • Penyata ASNB penuh (jika ada arahan peruntukan dalam SIA)
  • Penerima kuasa wakil hanya Wasiyyah Shoppe Berhad
  • Penting: Hibah Amanah di ASNB hanya dibenarkan untuk unit TIDAK BERCAGAR sahaja

Akaun CDS

Untuk pemegang saham bursa/sekuriti patuh syariah dalam akaun CDS.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata akaun bursa saham (nama, no. akaun, nama akaun)
  • Hibah kepada seorang sahaja / Wasiyyah Shoppe Berhad

Hibah Akaun Dagangan (Trading)

Untuk akaun trading saham yang ingin dihibahkan kepada penerima pilihan.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Kategori

Saham & Pelaburan

Untuk pelaburan dalam pelbagai instrumen saham dan dana patuh syariah.

Hibah Saham Amanah (Unit Trust)

Untuk pelaburan dalam dana amanah saham patuh syariah yang disahkan Suruhanjaya Sekuriti.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata saham penuh (nama, no. akaun, penama jika ada)
  • Hibah kepada seorang sahaja

Hibah Saham Pelaburan Mandat

Untuk akaun pelaburan mandat peribadi (Private Mandate) yang diurus pengurus dana.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata saham (nama, no. akaun, nama akaun)
  • Salinan perjanjian Private Mandate
  • Sijil patuh syariah daripada pengurus dana
  • Hibah kepada seorang sahaja

Hibah Saham Private Equity

Untuk pelaburan private equity yang diurus pengurus dana.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata saham (nama, no. akaun, nama akaun)
  • Salinan perjanjian Private Equity
  • Sijil patuh syariah daripada pengurus dana
  • Hibah kepada seorang sahaja

Hibah Saham Koperasi / Bank Rakyat

Untuk anggota koperasi atau pemegang saham Bank Rakyat.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata saham (nama, no. anggota, nama koperasi/institusi)
  • Hibah kepada seorang sahaja

Kategori

Barang Berharga

Untuk aset berharga seperti barang kemas dan koleksi bernilai.

Hibah Barang Kemas

Untuk barang kemas berharga — sama ada disimpan sendiri atau dalam peti simpanan bank.

Lihat senarai dokumen
  • Gambar & maklumat terperinci setiap barang (1 barang untuk 1 penerima)
  • Atau gambar kotak simpanan & lokasi (boleh dihibah kepada lebih dari seorang)
  • Surat penyimpanan bank — jika disimpan dalam peti simpanan

Hibah Barang Berharga

Untuk koleksi barang berharga lain (bukan barang kemas) — jumlah lebih besar, ikut kuantiti.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Kategori

Perniagaan & Struktur Khas

Untuk pemilik syarikat dan struktur perkongsian yang memerlukan susunan lebih terperinci.

Hibah Saham Syarikat (At-Tijarah)

Untuk pemilik syarikat yang ingin salurkan syer syarikat kepada penerima pilihan.

Lihat senarai dokumen
  • Borang 9, 24, 49 — atau carian syarikat / Borang Teras
  • Arahan pembahagian boleh dihibah lebih daripada seorang penerima

Perjanjian Pemegang Saham (PPS)

Untuk syarikat dengan lebih daripada seorang pemegang saham — susun perjanjian rasmi antara pemegang saham.

Lihat senarai dokumen
  • Persetujuan semua pemegang saham syarikat
  • Salinan kad pengenalan semua pemegang saham
  • Borang 9, 24, 49 — atau carian syarikat / Borang Teras
  • Borang PPS dilengkapkan

Perjanjian Perkongsian

Untuk perniagaan perkongsian (bukan Sdn Bhd) dengan lebih daripada seorang rakan kongsi.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Hibah Amanah Hartanah Bumiputera

Untuk pelabur dalam skim amanah hartanah bumiputera.

Lihat senarai dokumen
  • Penyata akaun (nama pemilik, no. akaun)
  • Arahan pembahagian boleh lebih daripada seorang penerima

Kategori

Amanah

Struktur amanah (trust) untuk kawal bagaimana dan bila harta digunakan oleh penerima — sesuai untuk perancangan jangka panjang dan aset bernilai tinggi.

Amanah Hartanah (Property Trust)

Pemegang amanah menguruskan hartanah bagi faedah penerima yang ditetapkan — sesuai untuk kawal penggunaan hartanah jangka panjang.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini
Perlindungan Keluarga

Amanah Ri'ayah

Struktur amanah untuk perlindungan berpanjangan bagi benefisiari/keluarga — sesuai untuk pastikan keperluan hidup penerima terjaga jangka panjang.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini
Amal Jariah

Amanah Naufal

Dikhususkan untuk tujuan amal jariah — salurkan harta secara berterusan untuk manfaat kebajikan yang anda pilih.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini
Korporat

Amanah Tujjar

Struktur amanah untuk entiti korporat atau organisasi — sesuai untuk pemilik perniagaan merancang penerusan aset korporat.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Amanah Takaful (Isti'man)

Penyerahan hak polisi takaful (Absolute Assignment) kepada pemegang amanah bagi faedah penerima ditetapkan.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Surat Ikatan Amanah (SIA)

Dokumen terma & syarat yang mengarahkan pemegang amanah mengagihkan atau memperuntukkan harta kepada benefisiari.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Wakil Penjaga Harta

Perlantikan wakil untuk menjaga dan menguruskan harta bagi pihak penerima yang belum berkelayakan menguruskannya sendiri.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini
Min. RM10 Juta

Al-Mutahabbah (Amanah Keluarga)

Amanah keluarga hibrid yang gabungkan hibah dengan pengurusan dan pelaburan profesional untuk hartanah serta perniagaan — direka supaya waris kekal rapat dan bekerjasama menguruskan harta peninggalan (kerap bermesyuarat bersama), bukan berpecah selepas menerima bahagian masing-masing.

Lihat senarai dokumen
  • Minimum 3 ahli Jawatankuasa Pengurusan Amanah (JKPA), berumur 18 tahun ke atas
  • Wasiyyah Shoppe Berhad dilantik sebagai sekretariat
  • Borang arahan Mutahabbah dilengkapkan
  • Nilai harta yang dimasukkan perlu RM10 juta ke atas
  • Wajib dilanggan bersama Al-Wasitah dan Hibah Komprehensif Hartanah atau At-Tijarah Komprehensif

Kategori

Kes Pusaka Luar (Pengurusan Pusaka)

Untuk keluarga yang telah berlaku kematian — pemilik harta tidak sempat membuat sebarang perancangan, Khairat Pusaka, atau peruntukan pusaka semasa hidup. Waris memerlukan khidmat Wasiyyah untuk menguruskan pusaka ekoran kekangan ilmu, masa, emosi dan tenaga. Caj mengikut nilai pusaka, bilangan lapisan waris faraid dan kerumitan kes.

Kes Pusaka Kecil

Untuk harta pusaka bernilai kurang RM5 juta — harga bergantung nilai harta dan bilangan lapisan kematian (kes waris turut meninggal sebelum pembahagian selesai).

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Kes Pusaka Besar

Untuk harta pusaka bernilai RM5 juta ke atas — harga bergantung nilai harta dan sama ada waris atau syarikat dilantik sebagai wasi.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Permohonan Pindaan Perintah

Untuk pindaan Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet atau Perintah Pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Ulang Bicara

Untuk kes pusaka kecil yang memerlukan semakan/bicara semula.

Lihat senarai dokumen
  • Senarai dokumen penuh belum disahkan — akan dikemaskini

Tak pasti solusi mana sesuai untuk anda?

Setiap keluarga dan aset berbeza. Wasap saya, sesi konsultasi awal percuma untuk kenal pasti solusi yang paling sesuai dengan situasi anda.