Kisah Saya
Kenapa Saya Memilih Bidang Ini
Ini bukan kerjaya yang saya pilih sebab senang — ia dipilih sebab saya sendiri pernah tercari-cari jawapan yang tiada siapa dapat berikan. Ini kisah saya, dan dua organisasi yang menyokong perjalanan ini.
Kisah Saya
Saya membesar mendengar kisah "pusaka puaka" — cerita keluarga yang berebut harta selepas kematian, sehingga ada yang diusir dari rumah sendiri, malah ada yang sanggup pergi sejauh mencari jalan yang tidak sepatutnya seperti amalan ilmu hitam demi sebahagian harta pusaka. Kisah-kisah ini saya dengardan lihat sejak kecil, dan ia kekal dalam ingatan — tapi ia bukan sebab langsung saya menceburi bidang ini.
Titik tolak sebenar datang pada 2015. Seorang rakan sekerja meninggal dunia, dan berita yang sampai kepada saya bukan tentang pemergiannya sahaja — tetapi bagaimana isteri dan anak-anaknya kemudian berdepan masalah dengan keluarga arwah dalam urusan pusaka. Ia buat saya sedar: perkara yang saya dengar sebagai "cerita orang lain" waktu kecil, sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja — termasuk orang yang saya kenal. Takkan nak terus menunggu jadi kisah sendiri pula kan?
Pada masa yang sama, saya dan pasangan baru sahaja membeli rumah kediaman secara pemilikan bersama. Ini yang jadi titik tolak sebenar — saya mula bertanya: kalau sesuatu berlaku kepada salah seorang dari kami, apa akan jadi kepada rumah ini? Kepada keluarga kecil kami?
Pencarian itu mengambil masa 5 tahun. Saya bertemu pelbagai penyedia perkhidmatan, tetapi tiada satu pun yang benar-benar menjawab kebimbangan saya secara menyeluruh — sehinggalah pada 2020, saya menemui Wasiyyah Shoppe Berhad. Solusi yang mereka tawarkan akhirnya menyelesaikan concern yang saya bawa bertahun — dan dari situ, saya bukan sahaja jadi pelanggan, tetapi memilih untuk turut menjadi sebahagian daripada mereka yang membantu keluarga lain melalui perjalanan yang sama.
Saya percaya, di luar sana ramai individu dan keluarga yang berada di tempat saya dahulu — tahu ada masalah, tapi belum jumpa jawapan yang tepat. Itulah sebabnya saya di sini hari ini.
Perjalanan Kerjaya Saya
Ramai sangka saya "terus" masuk bidang kewangan Islam. Sebenarnya tidak — perjalanan saya mengambil masa hampir 17 tahun, merentasi pelbagai industri, sebelum saya kembali kepada apa yang saya kini sedar adalah panggilan sebenar saya. Setiap fasa mengajar saya kemahiran yang saya masih guna hari ini.
Trainee
Customer Service Representative
Customer Support Executive → Customer Support Senior Executive
Senior Sales Executive → Assistant Sales Manager
Purchasing Executive
Ejen Takaful
Dai'e Profesional Mawarith — Perunding Pewarisan Harta Islam
Financial Adviser Representative
Mengenai Wasiyyah Shoppe Berhad
Wasiyyah Shoppe Berhad adalah Syarikat Amanah Patuh Syariah yang beroperasi di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100) — bermakna setiap urusan pelanggan tertakluk kepada piawaian perundangan tertinggi, bukan sekadar perkhidmatan penasihat biasa. Inilah "Principal" yang saya berdaftar di bawahnya sebagai Dai'e Profesional Mawarith.
Datuk Rosyam Nor turut berkongsi bahawa beliau memilih Wasiyyah kerana kepakaran mereka dalam perancangan harta yang diiktiraf patuh Syariah, dan yakin harta beliau diurus dengan amanah dan telus.
No. Pendaftaran Syarikat: 200401012968 (651471-T) · www.wasiyyahshoppe.com.my
Mengenai Kausar Group
Kausar Wealth Management Sdn Bhd (Kausar Group) adalah rakan strategik terbesar Wasiyyah Shoppe Berhad — dan inilah ejensi tempat saya berkhidmat sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam. Dengan pendekatan berfokuskan pelanggan dan sistem F.A.S.T, Kausar memastikan setiap solusi yang dicadangkan benar-benar sesuai dengan keperluan keluarga anda — bukan pendekatan "satu saiz untuk semua".
Barisan pelanggan Kausar turut termasuk tokoh terkenal seperti Liza Hanim dan Ismen Nadim, yang berkongsi betapa proses hibah dan perancangan harta yang teratur memberi ketenangan — bukan sekadar menyelesaikan dokumen, tetapi menterjemahkan kasih sayang kepada keluarga yang ditinggalkan.
No. Pendaftaran Syarikat: 1093400-V · www.kausarwealth.com
Jangan tunggu sampai terlambat
Saya faham keresahan yang anda mungkin rasa sekarang — sebab saya sendiri pernah melaluinya. Wasap saya, sesi konsultasi awal percuma.