Peluang Kerjaya — Ejen Hartanah
Mengapa Ejen Hartanah Perlu Sertai Kausar Group?
Anda membantu pelanggan memiliki hartanah. Kini bantu mereka memahami apa yang berlaku kepada hartanah itu apabila pemilik meninggal dunia.
Kisah Sebenar
Rumah 2 Nama, Bahagian Arwah Dituntut Mertua
Aslina dan suaminya mengimpikan memiliki kediaman sendiri. Selepas bertahun-tahun menabung, mereka akhirnya berjaya membeli sebuah rumah — didaftarkan atas nama mereka berdua.
Tapi kebahagiaan itu bertukar duka apabila suami tercinta meninggal dunia.
Tidak lama selepas itu, ibu dan ayah mertua Aslina mula bertanya tentang bahagian arwah suaminya dalam rumah tersebut — nilai bahagian itu melebihi RM150,000.
Aslina kini seorang diri membesarkan 2 orang anak, dengan pendapatan yang tidak mencukupi untuk keperluan sebegini. Satu-satunya jalan penyelesaian yang beliau nampak — menjual rumah yang baru setahun mereka menetap bersama, untuk membayar bahagian yang dituntut mertuanya.
Beliau cuba berunding dengan mertuanya untuk diberi tempoh membayar, memandangkan RM150,000 bukan jumlah kecil. Tapi mertuanya mahukan bahagian tersebut segera.
Dalam kebuntuan, Aslina berjumpa peguam untuk mendapatkan nasihat. Soalan pertama peguam itu:
Jawapannya — tidak. Mereka tidak pernah tahu, tidak pernah diberitahu.
Pesanan Aslina kepada pasangan lain yang membeli rumah atas harta pencarian bersama: ambil tahu tentang wasiat dan hibah — supaya bila satu pasangan tiada, ia tidak menimbulkan masalah kepada pasangan yang masih hidup.
Anda dah buat kerja anda dengan baik. Tapi soalan peguam tadi — "ada tak buat wasiat atau hibah?" — bukan soalan yang biasa ditanya semasa proses jual beli.
Bayangkan kalau anda boleh jadi ejen yang bertanya soalan itu lebih awal. Bukan sekadar menjual rumah — tapi membantu pelanggan pastikan rumah itu benar-benar jadi tempat perlindungan keluarga, bukan punca pergaduhan selepas mereka tiada.
Realiti Industri
Cabaran Ejen Hartanah Hari Ini
Daripada pemerhatian saya mengendalikan konsultasi pewarisan, beberapa cabaran yang sering saya dengar daripada rakan-rakan dalam industri hartanah:
Pemilikan bersama tidak difahami sepenuhnya — ramai pembeli tak sedar implikasi "nama bersama" dari sudut faraid bila salah seorang pemilik meninggal dunia.
Fokus semata-mata pada transaksi — perbualan berhenti selepas kunci diserahkan; tiada susulan tentang apa berlaku pada hartanah itu jangka panjang.
Pemilik berbilang hartanah tiada perancangan menyeluruh — pelanggan yang memiliki beberapa unit/rumah selalunya tiada pelan jelas untuk setiap hartanah tersebut.
Isu pinjaman tidak diselesaikan bila pemilik meninggal — waris keliru tentang tanggungjawab baki pinjaman, MRTA/MRTT, dan proses tuntutan berkaitan.
Ejen dianggap "dah selesai kerja" lepas deal siap — peluang menambah nilai dan mengekalkan hubungan pelanggan selepas transaksi sering terlepas begitu sahaja.
Kelebihan Kepada Ejen Hartanah
4 Kelebihan Menyertai Kausar Group
Perluasan Perkhidmatan Hartanah
Perbincangan tidak berhenti selepas urusan jual beli selesai.
Menambah Nilai Kepada Jualan
Pelanggan memahami implikasi pemilikan bersama, pinjaman dan pewarisan.
Menarik Pelanggan Bernilai Tinggi
Pemilik beberapa hartanah biasanya memerlukan perancangan lebih tersusun.
Potensi Pendapatan Berulang
Hubungan boleh diteruskan melalui referral dan perkhidmatan susulan.
Contoh Situasi
Pemilikan Bersama, Persoalan Yang Tak Pernah Ditanya
Sepasang suami isteri membeli rumah atas dua nama. Mereka memahami ansuran dan pemilikan, tetapi tidak pernah bertanya apa berlaku apabila salah seorang meninggal dunia.
Persoalan ini sering timbul selepas pembelian selesai — bila dah terlambat untuk elak kekeliruan.
Sokongan Penuh
Bagaimana Kausar Membantu
Latihan
Anda tak perlu jadi pakar faraid dari hari pertama. Latihan berstruktur disediakan dari asas.
Sistem Sokongan
Sistem F.A.S.T membantu anda kenal pasti keperluan pewarisan pelanggan secara tersusun.
Panel Syariah
Setiap solusi yang dicadangkan melalui semakan dan kelulusan Panel Syariah rasmi.
After-Sales
Anda tidak "lepas tangan" selepas rujukan; proses seterusnya disokong penuh oleh Kausar Group dan Wasiyyah Shoppe Berhad.
Pilih Laluan Anda
Laluan Yang Boleh Dipilih
Da'ie Mawarith
Sesuai untuk individu yang mahu membina kerjaya sebagai Perunding Pewarisan berdaftar — dengan career path jelas dan potensi pendapatan berperingkat.
Rakan Asas Mawarith (RAM)
Sesuai untuk ejen yang mahu memperkenalkan pelanggan kepada perunding pewarisan — pendaftaran percuma, tiada MOU, insentif 5% produk perancangan.
Semak Diri
Adakah Saya Sesuai?
Soalan Lazim
FAQ
Adakah ejen perlu memberi nasihat undang-undang?
Tidak. Peranan anda ialah mengenal pasti keperluan dan merujuk pelanggan kepada pilihan solusi yang sesuai.
Adakah semua pembeli rumah memerlukan hibah?
Tidak semestinya. Solusi bergantung kepada pemilikan, waris, pinjaman dan objektif pelanggan.
Boleh dilakukan selepas jual beli selesai?
Ya. Perancangan boleh dibincangkan selagi pemilik masih hidup dan berkeupayaan.
Perlu mahir faraid sebelum bermula?
Tidak. Latihan dan bimbingan disediakan dari asas, langkah demi langkah.
Boleh bermula secara sambilan?
Ya. Tahap komitmen boleh disesuaikan — sepenuh masa atau sampingan.
Adakah ini bercanggah dengan keahlian REN/REA saya?
Sila semak dengan agensi/badan profesional anda sendiri tentang aktiviti luar sebelum bermula, terutama untuk laluan Da'ie Mawarith.
Apa beza Da'ie Mawarith dengan Rakan Asas Mawarith?
Da'ie Mawarith ialah laluan kerjaya penuh dengan career path dan latihan lengkap. RAM ialah laluan referral — anda kenalkan pelanggan, pihak lain uruskan konsultasi.
Berapa lama nak nampak hasil dari bidang ni?
Bergantung kepada aktiviti dan rangkaian sedia ada. Sesetengah rakan dapat referral pertama dalam bulan pertama; ada yang ambil masa lebih lama.
Insentif dibayar bila?
Mengikut struktur RAM/Da'ie Mawarith masing-masing — butiran penuh dikongsi semasa sesi pengenalan.
Kalau saya dah cuba tapi rasa tak sesuai, boleh berhenti?
Ya. RAM tiada tempoh penyertaan atau ikatan kontrak jangka panjang.
Mungkin Anda Juga Berminat
Artikel Berkaitan Dari Ilmu Hub
Belum Pasti Da'ie Mawarith Atau RAM Yang Sesuai?
Hadiri Taklimat Kerjaya PROSPER dulu — supaya anda faham dengan lebih jelas sebelum membuat pilihan. Tiada kos, tiada obligasi.