Semak F.A.S.T Anda
F.A.S.T — Faraid, Aset, Solusi & Tindakan. Kenali waris, aset, dan langkah seterusnya dalam 10 minit. Muat turun dan kongsikan kepada Aznati sebelum atau semasa sesi konsultasi.
1) Tandakan waris & aset anda → 2) Klik "Kira" → 3) Muat turun PDF dan kongsikan kepada Aznati sebelum/semasa sesi konsultasi.
Sebelum mula
Maklumat ini membolehkan Aznati menghubungi anda untuk susulan sesi konsultasi.
Dua soalan ini menentukan cara kalkulator memaparkan soalan seterusnya.
FFaraid — Kenali Waris Anda
Tandakan bilangan ahli keluarga yang masih hidup pada hari ini.
!Soalan Risiko Pewarisan
Bahagian ini mendiagnos risiko yang wujud daripada struktur faraid dan situasi waris — bukan cadangan penyelesaian.
AAssets — Senarai Aset & Keperluan
Isikan nilai anggaran, dan hasrat anda ke atas setiap harta (pilihan instrumen bergantung kepada hasrat ini).
💡 Ada lebih daripada satu unit harta yang sama jenis (cth: 2 rumah, 3 akaun bank)? Klik + Tambah Baris untuk setiap satu secara berasingan (cth: "Rumah 1", "Rumah 2") — supaya hasrat, status cagaran dan MRTA boleh direkod tepat bagi setiap unit.
| Jenis Harta | Nilai (RM) | Bercagar? | Ada MRTA/MRTT/ Autolife/HPRTT? | Hasrat Pemilik Harta |
|---|
💡 Ada lebih daripada satu hutang yang sama jenis (cth: 3 pinjaman kereta)? Klik + Tambah Baris untuk setiap satu secara berasingan — baki dan status MRTA setiap satu mungkin berbeza.
| Jenis Hutang | Baki (RM) | Ada MRTA/MRTT/ Autolife/HPRTT? |
|---|
| Nilai & Jenis Harta | Bidang Kuasa |
|---|---|
| Harta Alih sahaja, < RM600,000 | AmanahRaya Berhad (ARB) |
| Harta Alih dan/atau Tidak Alih, < RM5 juta | Pejabat Tanah / JKPTG — Unit Pembahagian Pusaka Kecil |
| Harta Alih dan/atau Tidak Alih, > RM5 juta | Mahkamah Tinggi Sivil |
Anggaran berdasarkan jumlah harta yang direkodkan di atas — bidang kuasa sebenar tertakluk kepada jenis harta (alih/tidak alih) dan boleh berbeza mengikut kes.
Anggaran sahaja, tidak termasuk caj rampaian (carian rasmi, sijil faraid, penilaian harta, perbatuan, dll).
Keputusan
SSolusi — Fahami 3 Kunci Pewarisan
Prinsip umum sahaja. Bukan cadangan peribadi untuk situasi anda.
1. Kunci Perolehan Kuasa
Solusi untuk proses mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada salah satu organisasi berbidang kuasa (rujuk Nota Bidang Kuasa di bahagian A). 3 perkara perlu disediakan:
• Lantik Wasi — individu/organisasi dipercayai untuk mentadbir pusaka mengikut turutan Urusan Pusaka Orang Islam, supaya pusaka tidak beku. Dokumen Pelantikan Wasi (Wasiat Pentadbiran) — turut penting sebagai lantikan Pemegang Amanah jika ada anak bawah umur / OKU.
• Sediakan Pakar Urus Pusaka — Peguam / Syarikat Amanah, atau waris cari sendiri selepas kematian.
• Sediakan Kos Urusan Pusaka — maksimum 5% nilai pusaka mengikut Akta Probet (caj sebenar vary ikut penyedia perkhidmatan). Sumber: harta sedia ada, Manfaat Kematian Takaful yang dihibahkan, Khairat Pusaka Al-Wasitah (Tabung Tabarru'), atau ditanggung waris sendiri — bergantung kemampuan waris (rujuk Status & Risiko Waris di bahagian F).
2. Kunci Pentadbiran
Solusi kepada sekatan/kekangan yang menghalang proses pentadbiran dijalankan, contohnya:
• Harta bercagar — nilai pusaka mesti melebihi hutang, atau ada MRTA/Autolife/HPRTT sedia ada untuk lepas gadaian. Jika tiada, pertimbangkan Sijil Takaful peribadi.
• Tanah Rizab Melayu — hibah kepada penerima Melayu, atau pemilik/penerima hibah perlu maklum prosedur tambahan (kelulusan PBT).
3. Kunci Pembahagian
Faraid, Wasiat 1/3, Hibah, Amanah, Waqaf. Ada hasrat spesifik ke atas sesuatu harta? Perlu perancangan harta berdokumen mengikut instrumen yang sesuai, semasa hidup.
Tiada perancangan dibuat? Agihan by default ikut Faraid — kecuali waris bermuafakat / takharuj untuk bahagi sama rata, atau lepaskan sebahagian/sepenuhnya hak bahagian faraid kepada orang tertentu.
Dokumen Pelantikan Wasi (Wasiat Pentadbiran) — melantik orang/organisasi dipercayai untuk menguruskan pusaka kelak. Kos urusan pusaka boleh disediakan melalui: harta sedia ada, tabung khairat, manfaat kematian Takaful, atau sumber waris sendiri.
| Situasi Hasrat | Cadangan Umum (bukan peribadi) |
|---|---|
| Bagi kepada bukan waris faraid, ≤ 1/3 pusaka | Wasiat |
| Bagi kepada bukan waris faraid, > 1/3 pusaka | Hibah / Amanah / Waqaf (bergantung jenis harta & tujuan) |
| Bagi kepada waris faraid | Hibah / Amanah (bergantung jenis harta & tujuan) |
Jangan Ulangi Kesilapan Orang Terdahulu
Bertindak kerana anda sayang. Muat turun Borang F.A.S.T di atas, kongsikan kepada Aznati sebelum sesi (atau bawa semasa sesi) untuk diagnosis penuh situasi keluarga anda — selepas itu, langgan solusi yang sesuai untuk memudahkan urusan harta dan menjaga kebajikan orang yang bergantung kepada anda.
Pengiraan faraid ini hanya sebagai rujukan dan pengetahuan sahaja. Ia tidak sah digunakan dalam tuntutan harta pusaka dan perbicaraan di Mahkamah. Pengguna digalakkan membuat semakan dengan pihak berkenaan. Aznati Nayan tidak bertanggungjawab atas sebarang isu yang timbul akibat pengiraan dan penggunaan alat ini.