Ingat Kan… Ep 002 KWSP: Lambat Tuntut, Amanahraya Bolot?
Soalan Lazim
Adakah AmanahRaya akan mengambil simpanan KWSP jika waris lambat membuat tuntutan?+
Tidak.
KWSP menyatakan bahawa simpanan ahli tidak dipindahkan kepada AmanahRaya hanya kerana waris atau penama lambat membuat tuntutan.
Permohonan masih boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan diproses mengikut prosedur Pengeluaran Kematian yang berkuat kuasa.

Bilakah simpanan KWSP yang tidak dituntut dipindahkan kepada Wang Tak Dituntut?+
Jika tiada tuntutan dibuat, simpanan KWSP akan dipindahkan kepada Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun berdasarkan tarikh lahir dalam rekod KWSP.
Ia bukan dipindahkan kepada AmanahRaya selepas beberapa hari atau bulan kematian ahli.
Ia bukan dipindahkan kepada AmanahRaya selepas beberapa hari atau bulan kematian ahli.
Bolehkah waris membuat tuntutan selepas simpanan dipindahkan kepada Wang Tak Dituntut?+
Boleh, tertakluk pada bukti bahawa pemohon mempunyai hak terhadap wang tersebut dan Pegawai Wang Tak Dituntut berpuas hati dengan tuntutan itu. Dokumen yang diperlukan bergantung pada kedudukan pemohon dan pentadbiran pusaka si mati.
Apakah perbezaan AmanahRaya dengan Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut?+
AmanahRaya ialah Syarikat Amanah awam yang berbidangkuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir bagi Pusaka Ringkas iaitu Pusaka Harta Alih sahaja < RM600,000.
Amanahraya juga boleh dilantik untuk mentadbir pusaka atau dinamakan sebagai pentadbir simpanan KWSP.
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut pula berada di bawah Jabatan Akauntan Negara dan mengurus wang yang dipindahkan mengikut undang-undang Wang Tak Dituntut.

Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang
Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.