Ingat Kan… EP 003 KWSP Nak Faraid, Hutang Isteri Bayar?
Soalan Lazim
Adakah isteri wajib membayar hutang suami yang telah meninggal dunia?+
Tidak secara automatik hanya kerana beliau ialah isteri.
Hutang arwah perlu diselesaikan menggunakan harta pusaka arwah sebelum baki dibahagikan.
*Isteri mungkin mempunyai tanggungan sendiri jika beliau ialah peminjam bersama, penjamin atau terikat dengan kontrak pembiayaan tersebut.

Bolehkah simpanan KWSP arwah digunakan untuk membayar hutangnya?+
Boleh kerana simpanan KWSP ahli Islam merupakan sebahagian daripada harta pusaka. Hukumnya WAJIB melangsaikan hutang arwah menggunakan pusaka arwah.
Pentadbir perlu mengurus harta pusaka untuk menyelesaikan kos berkaitan dan hutang arwah terlebih dahulu sebelum baki diagihkan kepada waris yang berhak.

Bagaimana jika harta pusaka tidak mencukupi untuk membayar semua hutang?+
Waris tidak secara automatik perlu menggunakan wang sendiri untuk menanggung kekurangan tersebut.
Namun, mereka boleh membantu membayar sebagai ihsan kepada arwah. Pentadbir juga perlu berhubung dengan pemiutang dan menyemak kontrak, cagaran serta perlindungan takaful yang berkaitan.

Bolehkah waris membahagikan KWSP dahulu dan mengurus hutang kemudian?+
Tidak sepatutnya berlaku.
Hutang perlu dikenal pasti dan diselesaikan daripada harta pusaka sebelum baki bersih dibahagikan. Jika wang telah dibahagikan terlalu awal, pentadbir mungkin menghadapi kesukaran mendapatkannya semula untuk membayar pemiutang.

Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang
Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.