komik ingatkan ep005 boleh terus bahagi sama rata

Ingat Kan… EP 005 Boleh Terus Bahagi Sama Rata?

Soalan  Lazim

Bolehkah harta pusaka orang Islam dibahagikan sama rata?+
Boleh melalui pembahagian secara muafakat atau takharuj jika semua waris yang berhak bersetuju sepenuhnya.

Namun, waris dan hak faraid masing-masing perlu dikenal pasti terlebih dahulu supaya persetujuan dibuat dengan pengetahuan yang jelas, bukan kerana tersalah faham atau tekanan keluarga.
Adakah pembahagian sama rata bermaksud menolak hukum faraid?+
Tidak.
Takharuj merupakan kaedah yang dibenarkan selepas hak faraid dikenal pasti. Waris boleh menyerahkan sebahagian atau seluruh bahagiannya kepada waris lain secara sukarela, sama ada dengan balasan atau tanpa balasan.
Apa berlaku jika seorang waris tidak bersetuju dengan pembahagian sama rata?+
Pembahagian secara muafakat tidak boleh dilaksanakan bagi bahagian waris yang tidak bersetuju kerana sebarang takharuj memerlukan persetujuan waris yang berhak bagi bahagiannya sahaja.

Waris tersebut berhak meminta pembahagian mengikut faraid dan tidak sepatutnya dipaksa atau dipersalahkan kerana mahu menerima haknya.

Waris-waris yang bersetuju boleh mengagihkan bahagian mereka mengikut permuafakatan dipersetujui mereka.
Bolehkah waris bersetuju sama rata sebelum mengetahui kadar faraid?+
Kadar faraid dan nilai bahagian setiap waris faraid ditentukan dan diterangkan terlebih dahulu. Takharuj berlaku dalam batas hak yang telah ditetapkan oleh syarak.

Pengetahuan tersebut memastikan setiap waris benar-benar memahami bahagian yang dilepaskan atau diberikan kepada orang lain dibuat dalam keadaan redha.
Bolehkah penjaga melepaskan bahagian pusaka waris bawah umur supaya semua mendapat sama rata?+
Hak waris bawah umur perlu dilindungi dan tidak boleh dilepaskan sesuka hati seperti hak waris dewasa. Bahagian anak bawah umur akan diagihkan mengikut bahagian faraid mereka.

Penjaganya hadir bagi memberikan keterangan dan mengurus kepentingan waris tersebut, bukan mengurangkan haknya untuk memenuhi persetujuan waris lain. Dapatkan panduan pihak pentadbir pusaka bagi kes tersebut.

Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang

Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.