komik ingatkan ep005 kwsp isteri penama semua duit dia

Ingat Kan… EP 006 KWSP Isteri Penama, Semua Duit Dia?

Soalan  Lazim

Adakah isteri yang menjadi penama KWSP memiliki semua simpanan arwah suaminya?+
Tidak. Bagi ahli Islam, isteri sebagai penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir. Dia perlu mengurus simpanan tersebut sebagai harta pusaka (urus kos pengebumian, pelangsaian hutang-hutang arwah, melaksanakan wasiat maksima 1/3 kepada bukan waris faraid) dan menyerahkan baki pusaka bersih kepada waris-waris faraid yang berhak
Berapakah bahagian faraid seorang isteri?+
Isteri menerima 1/8 daripada baki bersih pusaka jika arwah suami mempunyai anak atau keturunan ke bawah.

Jika arwah tidak mempunyai keturunan ke bawah, isteri menerima 1/4.

Jika suami berpoligami, maka bahagian tersebur dibahagikan dengan bilangan isteri.
Bagaimana jika arwah mempunyai lebih daripada seorang isteri?+
Kadar 1/8 atau 1/4 dikongsi bersama oleh semua isteri yang layak, bukan diberikan sepenuhnya kepada setiap isteri. Pembahagian sesama isteri dibuat sama rata daripada kadar kolektif tersebut.

Contohnya jika suami ada anak masih hidup dan mempunyai 2isteri, maka setiap isteri akan mewarisi 1/8 bahagi 2 bersamaan 1/16bahagian setiap seorang isteri.
Jika isteri kedua tiada anak dengan arwah, adakah dia menerima 1/4?+
Tidak. Jika arwah mempunyai anak walaupun daripada perkahwinan lain, kadar untuk isteri atau semua isteri tetap 1/8. Yang dinilai ialah sama ada arwah mempunyai keturunan ke bawah, bukan sama ada setiap isteri mempunyai anak dengannya.
Bolehkah isteri menerima lebih daripada bahagian faraidnya?+
Boleh dalam keadaan tertentu, contohnya jika waris lain bersetuju memberikan sebahagian hak mereka melalui takharuj atau jika isteri mempunyai tuntutan harta sepencarian berasingan yang diputuskan sah oleh Mahkamah Syariah.

Namun, penerimaan tambahan itu bukan automatik kerana beliau ialah isteri atau penama KWSP.

Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang

Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.