Ingat Kan… Ep 001 – KWSP: Nama Dia, Duit Dia?
Soalan Lazim
Adakah penama KWSP bagi ahli beragama Islam menjadi pemilik mutlak semua wang tersebut?+
Tidak.
Bagi ahli beragama Islam, penama KWSP bertindak sebagai Wasi atau Pentadbir, bukannya penerima mutlak semua simpanan.
Penama bertanggungjawab mengurus dan mengagihkan wang tersebut kepada pihak yang berhak mengikut undang-undang Islam.

Apakah yang perlu dilakukan oleh penama selepas menerima simpanan KWSP arwah?+
Penama perlu mengurus wang itu sebagai harta pusaka.
Secara umum, urusannya meliputi kos pengurusan jenazah yang munasabah, melangsaikan hutang arwah, melaksanakan wasiat yang sah jika ada, kemudian mengagihkan baki kepada waris yang berhak mengikut faraid.

Jika penama KWSP juga merupakan waris faraid arwah, adakah dia boleh mengambil semua wang tersebut?+
Tidak.
Kedudukannya sebagai penama tidak menjadikan semua simpanan itu miliknya. Jika penama turut merupakan waris faraid yang sah, dia hanya berhak menerima bahagiannya mengikut faraid selepas urusan jenazah, hutang dan wasiat yang sah diselesaikan. Selebihnya perlu diserahkan kepada waris lain yang berhak.

Apakah yang berlaku jika ahli KWSP meninggal dunia tanpa membuat penamaan?+
Simpanan itu masih boleh dituntut, tetapi permohonan akan diproses mengikut prosedur Pengeluaran Kematian tanpa penamaan iaitu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada Amanahraya atau Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.
Waris atau pihak yang layak mungkin perlu menyediakan dokumen tambahan, menyebabkan urusan menjadi lebih sukar atau mengambil masa lebih panjang. Penamaan membantu memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran.

Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang
Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.