Ingat Kan… EP 004 KWSP Penama Boleh Makan Seorang?
Soalan Lazim
Adakah penama KWSP bagi ahli Islam memiliki semua wang yang diterimanya?+
Tidak. Bagi ahli Islam, penama KWSP bertindak sebagai wasi atau pentadbir. Wang tersebut perlu diurus sebagai harta pusaka dan baki selepas urusan berkaitan diselesaikan hendaklah diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum Islam.
Jika penama juga seorang waris faraid, adakah dia mempunyai bahagian?+
Ya, jika dia memang waris yang layak berdasarkan struktur faraid si mati.
Namun, kedudukannya sebagai penama tidak memberinya hak mengambil semua simpanan. Dia hanya berhak menerima bahagiannya sendiri selepas pentadbiran pusaka diselesaikan.
Namun, kedudukannya sebagai penama tidak memberinya hak mengambil semua simpanan. Dia hanya berhak menerima bahagiannya sendiri selepas pentadbiran pusaka diselesaikan.
Apakah hukum penama mengambil semua simpanan tanpa menyerahkan hak waris lain?+
Perbuatan itu haram kerana mengambil harta orang lain secara batil dan mengkhianati amanah sebagai pentadbir.
Penama perlu memulangkan hak waris serta menyelesaikan pengagihan pusaka dengan betul. Kedudukannya sebagai penerima bayaran daripada KWSP tidak mengubah pemilikan sebenar wang tersebut.
Penama perlu memulangkan hak waris serta menyelesaikan pengagihan pusaka dengan betul. Kedudukannya sebagai penerima bayaran daripada KWSP tidak mengubah pemilikan sebenar wang tersebut.
Bilakah perbuatan itu dikatakan memakan harta anak yatim?+
Istilah itu tepat apabila antara waris yang dinafikan haknya ialah anak yang telah kehilangan bapanya dan masih dikategorikan sebagai anak yatim.
Jika pusaka tidak melibatkan anak yatim, mengambil hak waris tetap haram tetapi tidak wajar dilabel sebagai memakan harta anak yatim.
Jika pusaka tidak melibatkan anak yatim, mengambil hak waris tetap haram tetapi tidak wajar dilabel sebagai memakan harta anak yatim.
Apakah yang perlu dilakukan jika penama sudah menggunakan wang pusaka?+
Penama perlu mengenal pasti jumlah yang telah digunakan, mendapatkan nasihat pentadbiran pusaka dan memulangkan hak yang bukan miliknya.
Semua waris, hutang, wasiat yang sah dan perbelanjaan berkaitan perlu dikenal pasti sebelum baki pusaka diagihkan.
Semua waris, hutang, wasiat yang sah dan perbelanjaan berkaitan perlu dikenal pasti sebelum baki pusaka diagihkan.
Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang
Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.