Ingat Kan… EP 007 Dah Cerai, Penama Automatik Batal?
Soalan Lazim
Adakah penamaan KWSP bekas isteri terbatal secara automatik selepas bercerai?+
Tidak. Perceraian tidak disenaraikan KWSP sebagai faktor pembatalan penamaan. Ahli perlu membuat penamaan baharu atau mengemukakan pembatalan mengikut prosedur supaya rekod lama tidak terus digunakan.
Adakah KWSP tetap membayar simpanan kepada bekas isteri yang masih menjadi penama?+
Ya, jika rekod penamaannya masih sah ketika ahli meninggal dunia. KWSP menyatakan bayaran Pengeluaran Kematian dibuat kepada penama yang dinamakan jika Penama membuat tuntutan.
Bagi ahli Islam, penama itu bertindak sebagai wasi atau pentadbir.
Bagi ahli Islam, penama itu bertindak sebagai wasi atau pentadbir.
Adakah bekas isteri menjadi pemilik semua simpanan kerana menerima bayaran KWSP?+
Tidak.
Bagi ahli Islam, status sebagai penama tidak menjadikan bekas isteri penerima mutlak. Dia perlu mengurus simpanan KWSP arwah sebagai pusaka dan menyerahkan hak kepada waris faraid arwah yang layak.
Bagi ahli Islam, status sebagai penama tidak menjadikan bekas isteri penerima mutlak. Dia perlu mengurus simpanan KWSP arwah sebagai pusaka dan menyerahkan hak kepada waris faraid arwah yang layak.
Adakah bekas isteri masih menerima bahagian faraid?+
Secara umum, bekas isteri yang telah selesai bercerai dan bukan lagi isteri ketika kematian tidak mewarisi sebagai isteri.
Namun, kes kematian dalam tempoh idah talak raj‘i atau keadaan perceraian tertentu memerlukan semakan hukum dan fakta kes secara khusus di mana bekas isteri mungkin mewarisi pusaka arwah.
Namun, kes kematian dalam tempoh idah talak raj‘i atau keadaan perceraian tertentu memerlukan semakan hukum dan fakta kes secara khusus di mana bekas isteri mungkin mewarisi pusaka arwah.
Bagaimanakah ahli boleh menukar penama KWSP selepas bercerai?+
Ahli boleh membuat penamaan baharu melalui aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun atau Borang KWSP 4 mengikut prosedur pengesahan yang ditetapkan. Penamaan baharu yang sah akan membatalkan penamaan terdahulu.
Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang
Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.