Ingat Kan… EP 009 KWSP – Anak Angkat Penama, Jadi Waris?
Soalan Lazim
Adakah anak angkat berhak menerima harta pusaka ibu atau bapa angkat melalui faraid?+
Tidak.
Anak angkat tidak mempunyai hubungan nasab yang menjadi sebab pewarisan faraid dengan ibu atau bapa angkat.
Namun, dia masih boleh menerima harta melalui kaedah perancangan lain yang sah.
Anak angkat tidak mempunyai hubungan nasab yang menjadi sebab pewarisan faraid dengan ibu atau bapa angkat.
Namun, dia masih boleh menerima harta melalui kaedah perancangan lain yang sah.
Adakah anak angkat menjadi waris apabila dinamakan sebagai penama KWSP?+
Tidak. Bagi ahli Islam, penama KWSP bertindak sebagai wasi atau pentadbir. Status tersebut tidak menukar anak angkat menjadi waris faraid dan tidak menjadikan semua simpanan KWSP miliknya.
Apakah tanggungjawab anak angkat yang menjadi penama KWSP?+
Dia perlu memohon Pengeluaran Kematian mengikut prosedur KWSP, mengurus simpanan sebagai harta pusaka dan menyerahkan hak kepada waris arwah selepas urusan pusaka diselesaikan. Penama tidak boleh menyimpan wang itu sebagai miliknya sendiri.
Bolehkah ibu bapa angkat berwasiat kepada anak angkat?+
Boleh kerana anak angkat ialah bukan waris faraid. Wasiat kepada bukan waris boleh dilaksanakan setakat maksimum 1/3 daripada harta pusaka bersih selepas kos pengurusan jenazah dan hutang diselesaikan. Lebihan daripada kadar itu memerlukan persetujuan waris.
Apakah cara lain untuk memberikan harta kepada anak angkat?+
Ibu atau bapa angkat boleh membuat wasait maksima 1/3 kepada anak angkat tetapi pelaksanaan wasiat dibuat selepas kematian ke atas maksima 1/3 pusaka bersih arwah.
Selepas kematian, waris faraid juga boleh memberikan sebahagian hak mereka kepada anak angkat melalui takharuj jika mereka mengetahui hak masing-masing dan bersetuju secara sukarela.
Selepas kematian, waris faraid juga boleh memberikan sebahagian hak mereka kepada anak angkat melalui takharuj jika mereka mengetahui hak masing-masing dan bersetuju secara sukarela.
Jangan tunggu masalah, mula faham dari sekarang
Ada soalan khusus tentang situasi keluarga anda? Wasap saya terus, sesi konsultasi awal percuma.